Wau! Tajuknya macam wawasan 2020 pula.
Alkisahnya anak kedua kami bakal menjejak kaki ke Tahun 1 pada 2020 nanti. so insyaAllah UKIS akan berlangsung pada tahun hadapan.Makanya saya perlulah membuat persediaan yang agak rapi jika mahu Eusoff menjadi warga SIRAJ seperti kakak sulungnya. Oleh kerana kemasukan yang akan datang ini lebih mencabar, kami rasa perlu bagi persediaan yang lebih rapi dan teratur. Yang penting bagi kami adalah telah mencuba yang terbaik. Mudah-mudahan tercapailah hasrat kami bagi memudahkan urusan jika keduanya bersekolah di tempat yang sama.
December 2018
Musim sekolah ini akan kami manfaat kan dengan sesi membaca, menghafaz surah pilihan dan juga mengira.
Mungkin rasa kesiannya anak-anak dah dibebankan dengan semua ini.Tapi percayalah ibu bapa sekalian, anak-anak sekarang memang boleh dan mampu. Cuma cara dan kaedah yang diaplikasikan perlulah lebih kepada permainan dan bukan menekan mereka. Bersusah-susah dahulu tidak mengapa.Korbankan masa "me time" kita untuk lebihkan masa dengan anak-anak.Kerana mereka adalah harta yang sangat berharga.Mereka juga akan rasa gembira kerana kita menghabiskan masa dengan mereka.
Contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah game antara ahli keluarga, membawa mereka ke perpusakaan dan menghafaz di dalam kereta.Ada banyak kaedah dan cara lain yang menyeronokkan yang boleh dibuat dengan mereka pada cuti sekolah nanti.Semuanya bergantung pada kreativiti dan keadaan kita. InsyaAllah kita semua mampu jika mahu!!

Comments
Post a Comment