10 November 2018
Tarikh hari Konvokesyen ke 34 IIUM..Alhamdulillah seronok melihat sahabat-sahabat yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.Melihat pada diri, saya rasa insyaALLAH saya mampu juga untuk 2 tahun lagi?Saya perlu terus bermotivasi dan konsisten!!
Belajar secara separuh masa memang mencabar. Tapi sebenarnya ialah diri kita sendiri. Tahu bahagikan masa dan berpijak di bumi nyata.Harapan saya agar tahun depan saya dah boleh siapkan writing dan seterusnya boleh konvo dengan dianugerahkan oleh Rektor IIUM yang baru ..yang saya kenali secara peribadi secara kebetulan.Saya mahu beliau yang menganugerahkan scroll tersebut kepada saya..Amin..

update
29 Dec 2021
Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan journey master pada tahun 2021 ini.
Kronologinya, setelah dah tak tahu bagaimana nak urus masa dan diri secara konsisten, saya join Program Nak Ubah Thesis pada 22/3/2020-Join Proses Dr Roket -15/5/2020- tulis, tulis draft hari hari , semak dengan SV, betulkan penulisan, meeting dengan SV ,Final Progress, sambung menulis, SV semak dan komen, meeting lagi akhirnya dapat hantar Thesis -30/3/2021, Viva pada 30/6/2021, Siap correction untuk hardbound 30/7/2021- Poskan Hardbound 6/8/2021 dan mendapat surat senat pada 20 Ogos 2021. Genap 5 tahun perjalanan master partime saya. Syukur syukur ( 24.8.2016-20/8/2021) Terima kasih kepada SV, COSV saya yang sangat baik dan sangat membantu along the journey. Allah sahaja yang mampu membalas jasa Dr ( Sekarang dah full Prof.Alhamdulillah;), suami tersayang , keluarga dan kawan kawan semua.
Dan syukur walaupun konvo UIA tak dapat dijalankan tahun ini sebab pandemik, saya berpeluang bertemu dengan insan yang saya memang nak jumpa dengan skroll iaitu Tan Sri Dzulkifli. Allahu akbar. Segala impian adalah satu doa dan Allah jua lah yang mampu menjadikan nya tercapai. Kita serahkan segalanya kepada Yang Maha Mengurus Allah SWT.
Comments
Post a Comment