Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami.
Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps.
Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat bakal dilahirkan.So alang2 tu belilah sekarang sblm raya sbb ada promotion.
Survey2, hsbnd setuju utk test drive di Proton.Kami cuba Exora dan Ertiga.Dari segi harga, size dan performa, kami pilih Ertiga:)!
So far kami mmg dah tau kelemahan nya dari perkongsian orang lain.tp byk yg bg info bukan pengguna Ertiga, hanya pemerhati dan peminat automotif.so kami lebih bersedia dgn komen2 netizen about Ertiga.Antara persediaan kami, fabric seat warna cerah tu kami kn tukar semi leather..Tang pemanduan kurang pick up hsband kata xpe sbb mmg ni kenderaan untuk pemanduan santai.Bahagian bagasi pun x sebesar sedan, tapi ada ruang untuk anak duduk.So far alhamdulillah ia menepati keperluan kami.Bab keselamatan dan engine saya xpandai sangat.Silalah rujuk blog automotif ya.Kang saya bagi salah info pulak.
Pendapat saya, Ertiga sesuai untuk keluarga sederhana dari segi pendapatan dan saiz keluarga ( anak 3 ke 4 orang).Bahagian belakang mmg selesa untuk kanak2..dewasa mungkin x berapa.Aircond second row ada disediakan.reverse camera dgn tv sila beli berasingan..hihi
Saya teringat abang saya bagitau, bila anak2 dah besar masing2 dah mampu beli kereta sendiri, sunyi pula Estima dia.So kesimpulannya, MPV ni mungkin bersifat sementara anak2 kecil.Dah besar dorang nanti parent tukar sedan balik.
Oklah.tengah survey tinted dan semi leather..siapa tahu kedai best bagitau ye.
Sekian saja perkongsian saya.Buat kawan2 yang dah beli Ertiga, silalah komen or share pula pengalaman korang ye..
Seerualabarakatillah
Survey kat Proton HQ.. spare part Ertiga sgt2 mngecewakan. Sale after service tidak memuaskan, time baru nk beli dia layan mcm raja tp bila dh beli ada masalah ko pandai2 lah.
ReplyDelete## pengguna Ertiga > Jan 2017
Tumpang kecewa juga.setakat ini untuk service kami pergi ke Pusat Servis Proton Petaling Jaya area Jalan Universiti.insyaAllah perkhidmatan lebih baik di situ.
DeleteSaya juga baru jer memiliki proton ertiga...apa yg saya cari tak jumpa ialah mana nyah kabus kereta ni...tambah2 musim hujan sekarang ni...pening gak xclear bila nak drive
ReplyDeletePada pendapat saya, saya selaku pemilik Ertiga merasakan kereta ini sangat selesa sama ada dari segi ruang dan tempat duduk yang dapat menampung keseluruhan peha kita, lebih2 lagi perjalanan jauh. Keduanya selesa kerana pendingin hawa sejuk, tambahan ada blower di bahagian belakang turut membantu suhu kabin sejuk. Ketiganya, minyak jimat, kalau pemanduan konsisten tidak lebih 110km/j atau RPM antara 3-4, minyak penuh boleh dapat 500km++. Keempat, kabin senyap, tidak terlalu bising.
ReplyDeleteMasalah utama yang saya nampak ialah ianya terlalu ringan (sama berat dengan Persona Baru), keselamatan hanya ada 2 airbags, bau hangit sedikit jika pedal minyak ditekan secara mendadak untuk pecutan kuasa.
Aksesori dalaman juga sangat minimal dan memerlukan penambahan sendiri.
Namun, pada saya itu hanya masalah kecil kerana saya leboh mementingkan:
1. Keselesaan, kabin luas, blower utk penumpang belakang.
2. Jimat minyak.
Terima kasih.
Terima kasih atas perkongsian dan komen tuan puan. saya baru pearasan post tentang Ertiga adalah post saya paling ramai pembaca( 7k views). Semoga perkongsian ini mendapat manfaat walaupun sekarang dengarnya dah tidak dikeluarkan penjualannya.
DeleteBetul, setakat hari ini masih suka sangat dengan kereta ini, menepati citarasa keluarga.