Skip to main content

Misi Pencarian RUMAWIP ( Residensi Suria Pantai) Part 1

Syukur alhamdulillah.Saya telah mendapat e-mail dari pemaju mengatakan saya baru sahaja berjaya tapisan pertama untuk Permohonan RUMAWIP  di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).Setelah menunggu hampir 3 bulan, ini adalah berita yang sangat saya nantikan sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai. Selepas ini ada beberapa  lagi tapisan yang akan saya lalui namun biarlah ia berlaku dengan keizinan Allah.Jom saya kongsikan pengalaman saya setakat ini.

Bermula pada bulan Ogos yang lalu, saya mula terlibat dalam pencarian rumah ini. Sebenarnya bermula dengan borak-borak kosong di pantri tentang rumah berdekatan tempat kerja. Allah buka hati kawan saya menghantar gambar projek RUMAWIP berdekatan. Dalam hati saya,,macam biasa tengok je..rupanya memang laluan  harian kami menghantar anak ke sekolah.
Jadi saya pun bincang dengan suami , sama ada teruskan permohonan atau tidak. Antara kriteria yang saya fikirkan:

1.Lokasi yang hampir dengan sekolah anak--lokasi rumah ini hanya lebih kurang 1.5 km sahaja
2.Juga berhampiran dengan tempat kerja- dalam 5 km jarak lokasi
3.Suasana baru yang lebih baik- dekat dengan Hutan Simpan Bukit Gasing
4.Swimming pool-memudahkan anak-anak belajar berenang
5. Harga yang mampu milik-ukur budget di bank sendiri:)
6.Unit yang lebih rendah sekiranya diberi peluang untuk memilih unit kediaman.



Setelah habis berbincang dan berfikir, maka saya mencuba mengisi permohonan secara online di web  rumawip. Jangan lupa baca dahulu syarat dan keperluan sebelum mengisi ya.Agak banyak maklumat yang perlu diisi.Antara syarat asas adalah:

1.Warganegara Malaysia
2.Berumur 18 tahun ke atas
3.Berpendapatan kasar bulanan RM 10K( bagi bujang) dan RM15K( suami dan isteri)
4.Dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan

Ada senarai semak yang disediakan oleh pihak KWP.Walaupun begitu, masih ada lagi dokumen yang saya tertinggal sehinggakan permohonan saya gagal buat kali pertama ( kerana dokumen tidak lengkap).Dalam kes saya, saya terlupa memberi salinan SNP kediaman sedia ada.Akibatnya perlulah saya menghantar semula dokumen tersebut dan menunggu lebih lama untuk  permohonan dikemaskini.Nasihat saya, semak dokumen beberapa kali agar tidak tercicir dan mengurangkan risiko permohonan ditolak atau dikembalikan.

Doakan saya berjaya ya.Esok taklimat dan minggu depan hari pengundian unit kediaman.Nanti saya sambung di Part 2.InsyaAllah!

Part 2

Alhamdulillah, selesai sudah urusan sejak 25 November 2018 dan saya telah mendapatkan SNP  RUMAWIP pada tarikh 1 Rejab-8 Mac 2019.

Walaupun agak lama tapi setiap stage dipermudahkan  Allah.

Semoga rumah ini akan siap seperti yang dirancang atau siap lebih awal ;)

Seeru ala barakatillah;)

update:29.12.2021
Syukur kami telah berpindah pada awal Ogos 2021 yang lalu. Cabaran nak pindah pun ada terutama dalam proses renovasi semasa pandemik ni.Alhamdulillah semua momen indah akan saya simpan kemas dalam memori dan semoga Allah lindungi kami semua .Amin amin


Comments

  1. Salam, ada any contact agent untuk project ni? saya dah apply thru rumahwip and semua document sudah di sah kan, tp tiada respond or panggilan dari mereka. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Tuan.setakat ini tiada agen .Hubungi terus pihak pemaju di ICE gallery, Pantai Dalam.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SIRAJ:Misi Mencari Sekolah Agama Wilayah

Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah  Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab  dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar  anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...

Pengalaman Membeli Proton Ertiga 2017

Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami. Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps. Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la  nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat ...

Persediaan SIRAJ 2020 Part 2

Alhamdulillah, hampir setiap hari saya mendapat email untuk mendapatkan beberapa tips kemasukan ke SIRAJ.  Agak risau juga kerana tahun depan hanya 2 kelas sahaja yang dibuka.Bermaksud hanya 60 pelajar yang akan diterima masuk. Semoga sedikit tips saya berguna dan mohon doakan agar anak saya juga berjaya ya. Niat saya agar ibu bapa boleh menyediakan anak dan telah berusaha yang terbaik. Semoga dengan asbab kita mudahkan urusan orang lain, Allah juga akan bantu kita kerana Dia Yang Maha Hebat dan Kaya. Sedikit peringatan kepada ibu bapa, jangan lupa untuk mendaftar anak ke sekolah biasa sebelum memohon ke SIRAJ  , kerana mereka akan minta salinan permohonan tersebut semasa kita mengambil borang nanti. Akhir kalam..intai-intailah iklan di luar sekolah yang kita berminat supaya kita tidak terlepas  tarikh mengambil borang. Seeru ala barakatillah:)