Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Misi Pencarian RUMAWIP ( Residensi Suria Pantai) Part 1

Syukur alhamdulillah.Saya telah mendapat e-mail dari pemaju mengatakan saya baru sahaja berjaya tapisan pertama untuk Permohonan RUMAWIP  di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).Setelah menunggu hampir 3 bulan, ini adalah berita yang sangat saya nantikan sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai. Selepas ini ada beberapa  lagi tapisan yang akan saya lalui namun biarlah ia berlaku dengan keizinan Allah.Jom saya kongsikan pengalaman saya setakat ini. Bermula pada bulan Ogos yang lalu, saya mula terlibat dalam pencarian rumah ini. Sebenarnya bermula dengan borak-borak kosong di pantri tentang rumah berdekatan tempat kerja. Allah buka hati kawan saya menghantar gambar projek RUMAWIP berdekatan. Dalam hati saya,,macam biasa tengok je..rupanya memang laluan  harian kami menghantar anak ke sekolah. Jadi saya pun bincang dengan suami , sama ada teruskan permohonan atau tidak. Antara kriteria yang saya fikirkan: 1.Lokasi yang hampir dengan sekolah anak--lokasi rumah ini hany...

Master Oh Master!!

10 November 2018 Tarikh hari Konvokesyen ke 34 IIUM..Alhamdulillah seronok melihat sahabat-sahabat yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.Melihat pada diri, saya rasa insyaALLAH saya mampu juga untuk 2 tahun lagi?Saya perlu terus bermotivasi dan konsisten!! Belajar secara separuh masa memang mencabar. Tapi sebenarnya ialah diri kita sendiri. Tahu bahagikan masa dan berpijak di bumi nyata.Harapan saya agar tahun depan saya dah boleh siapkan writing dan seterusnya boleh konvo dengan dianugerahkan oleh Rektor IIUM yang baru ..yang saya kenali secara peribadi secara kebetulan.Saya mahu beliau yang menganugerahkan scroll tersebut kepada saya..Amin.. update 29 Dec 2021 Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan journey master pada tahun 2021 ini. Kronologinya, setelah dah tak tahu bagaimana nak urus masa dan diri secara konsisten, saya join Program Nak Ubah Thesis pada 22/3/2020-Join Proses Dr Roket -15/5/2020- tulis, tulis draft hari hari , semak dengan SV, betulkan p...

Persediaan Ke SIRAJ 2020

Wau! Tajuknya macam wawasan 2020 pula. Alkisahnya anak kedua kami bakal menjejak kaki ke Tahun 1 pada 2020 nanti. so insyaAllah UKIS akan berlangsung pada tahun hadapan.Makanya saya perlulah membuat persediaan yang agak rapi jika mahu Eusoff menjadi warga SIRAJ seperti kakak sulungnya. Oleh kerana kemasukan yang akan datang ini lebih mencabar, kami rasa perlu bagi persediaan yang lebih rapi dan teratur. Yang penting bagi kami adalah telah mencuba yang terbaik. Mudah-mudahan tercapailah hasrat kami bagi memudahkan urusan jika keduanya bersekolah di tempat yang sama. December 2018 Musim sekolah ini akan kami manfaat kan dengan sesi membaca, menghafaz surah pilihan dan juga mengira. Mungkin rasa kesiannya anak-anak dah dibebankan dengan semua ini.Tapi percayalah ibu bapa sekalian, anak-anak sekarang memang boleh dan mampu. Cuma cara dan kaedah yang diaplikasikan perlulah lebih kepada permainan dan bukan menekan mereka. Bersusah-susah dahulu tidak mengapa.Korbankan masa "me time...

Pencarian Peti Sejuk 2018

Syukur alhamdulillah..pencarian peti sejuk berakhir petang semalam. Peti sejuk lama kami telah berkhidmat selama hampir 10 tahun.. Setelah sekian lama hunting for the best price, akhirnya dapat juga pilihan hati.Alkisah kami ke expo home appliance di Mid Valley last week.Tapi pilihan hati tiada ditemui.Then husbnd ajak singgah ke AEON ..Rupa rupanya tgh promosi utk ahli RM 799 sahaja dripd seribu lebih!so sbb kami ni bukan ahli, berdaftarlah kami sebagai member..fees pendaftaran belas ringgit if x silap.Utk prmosi ni hnya jenama samsung 203liter sahaja ya.kalau kami mmg cari jenama Samsung sbb sblm ni pun guna jenama sama dan puas hati dgn performance nya. Seperti biasa, slps kami survey2 dan compare banyak tempat, kali ni mmg kena dengan ciri2 peti sejuk idaman. 1.harga bwh seribu 2.Two doors 3.saiz muat kitchencabinet sedia ada 4.penggunaan tenaga 5 bintang Harga main peranan besar sbb peti sejuk lama buat hal lps hari raya..so budgt kena limit. Size kecil tak men...

Memecahkan Ruyung 2018

Alhamdulillah.. Selesai juga majlis yang saya risaukan selama ini iaitu MASCO 2018. Konferens ini berlangsung 2 tahun sekali dan saya tidak terlepas menyertainya sejak 2014 lagi.Cumanya kali ini penyertaan saya lebih bermakna kerana berpeluang berkongsi hasil kajian saya bersama rakan-rakan yang lain. Bagi saya ianya satu kepuasan dan saya mendapat semangat baru untuk menghabiskan pengajian saya sebelum MASCO 2020!Terima kasih banyak kepada supervisors yang sangat-sangat membantu dan memberi feedback yang membina. Banyak kenangan indah dan mendebarkan untuk MASCO kali ini..antaranya 1.Stok EBM untuk 6 bulan musnah dan rosak atas kelalaian saya semasa menyiapkan slaid pembentangan. 2. PRU 14 berlangsung sehari sebelum program menyebabkan kami terpaksa berpatah balik ke KL selepas mengundi. 3. Terpaksa menghadiri kursus walaupun cuti umum sempena kemenangan PH pada 10 ,11 dan 12 Mei. Paling seronok dapat bertemu rakan-rakan serta berkongsi pengalaman menyambung pengajian seca...

Penulisan Artikel 2018

Alhamdulillah pada 20 Februari yang lalu saya telah menghadiri Bengkel Penulisan yang dianjurkan oleh  H-Care Fakulti Sains Kesihatan , UKM.  Dihadiri oleh majoriti pensyarah, bengkel ini memberi pendedahan akan peri pentingnya saintis mengetahui kemahiran penulisan yang mampu sampai kepada masyarakat dan tidak hanya fokus pada penulisan journal yang bersifat akademik. Bengkel dimulakan dengan perkongsiaan daripada Prof Dr Ahmad Taufiq dari UiTM yang berpengalaman dalam penulisan artikel kesihatan di akhbar. Menurut beliau, terdapat 2 cara artikel sebegini disiarkan di akhbar iaitu dengan cara wartawan datang menemuramah kita di pejabat ataupun kedua kita yang menghantar draf artikel sendiri kepada editor. Ada beberapa motivasi yang membuatkan kita menulis. Antaranya adalah 1. Untuk kepuasan diri sendiri, 2. Untuk meningkatkan pengetahuan sendiri kerana tanpa membaca, kita tidak akan dapat menghasilkan artkel yang baik dan terkini. 3. Untuk populariti bagi sebahagian pe...

Terima kasih Dr Nabilah!

Alhamdulillah lima tahun yang lalu pada tarikh 21.2.2013 dengan bantuan  Dr Nabilah saya selamat melahirkan Eusoff. Saya begitu terhutang budi kerana beliau sangat sabar melayan saya dalam proses bersalin dan ketika dijahit. Kini, dengar khabar beliau sedang sambung pengajiaan menjadi pakar O& G. All the best Dr! Teringin nak jumpa tapi x terserempak pula di PPUM ni.