Alhamdulillah pada 20 Februari yang lalu saya telah menghadiri Bengkel Penulisan yang dianjurkan oleh H-Care Fakulti Sains Kesihatan , UKM. Dihadiri oleh majoriti pensyarah, bengkel ini memberi pendedahan akan peri pentingnya saintis mengetahui kemahiran penulisan yang mampu sampai kepada masyarakat dan tidak hanya fokus pada penulisan journal yang bersifat akademik.
Bengkel dimulakan dengan perkongsiaan daripada Prof Dr Ahmad Taufiq dari UiTM yang berpengalaman dalam penulisan artikel kesihatan di akhbar. Menurut beliau, terdapat 2 cara artikel sebegini disiarkan di akhbar iaitu dengan cara wartawan datang menemuramah kita di pejabat ataupun kedua kita yang menghantar draf artikel sendiri kepada editor.
Ada beberapa motivasi yang membuatkan kita menulis. Antaranya adalah
1. Untuk kepuasan diri sendiri,
2. Untuk meningkatkan pengetahuan sendiri kerana tanpa membaca, kita tidak akan dapat menghasilkan artkel yang baik dan terkini.
3. Untuk populariti bagi sebahagian penulis
4. Untuk mendapat imbuhan. Ada beberapa akhbar memberi bayaran untuk setiap artikel yang dihantar.
dll .
namun yang dikongsi oleh beliau adalah beliau menulis kerana ada cerita di sebalik setiap artikel yang beliau tulis. Contohnya penulisan tentang persediaan mendaki Gunung Kinabalu ditulis untuk rujukan rakan-rakan beliau sebelum disiarkan di akhbar. Dengan itu kita boleh gambarkan apa objektif kita dan dapat menulis dengan lebih menarik dan teratur.
Seterusnya adalah perkongsian daripada Assoc. Prof. Ir Dr Rosdiadee Nordin , pensyarah dari UKM merangkap editor Majalah Sains.Beliau pula berkongsi bahawa beliau mula menulis artikel semasa beliau menyambung pengajiaan di peringkat doctorate di luar negara. Teknik beliau sangat menarik iaitu wujudkan disiplin menulis dan tulis sahaja idea yang datang tidak kira masa dan tempat dengan menyediakan sticky notes di mana- mana.Juga sentiasa membaca dan jangan terhadkan sumber bacaan yang ada. Dapatkan feedback daripada isteri, rakan bukan bidang untuk memastikan artikel yang ditulis boleh difahami oleh orang luar terutamanya public.Elakkan menggunakan jargon ataupun istilah teknikal kerana artikel untu pembacaan awam sepatutnya ringkas dan menarik.
Belaiu juga menyarankan agar kita sentiasa terbuka menerima kritikan dan mulakan dengan menghantar artikel ke majalah dan suratkhabar untuk test market.
Akhir sekali adalah perkongsian daripada penulis yang terkenal di alam maya sebagai Cisplatin.
Beliau aktif dalam penulisan yang membetulkan fakta auta dalam dunia Sains. Pengalaman beliau agak menarik kerana hasil tulisan beliau mungkin tidak disenangi oleh pihak yang berkepentingan seperti peniaga yang menggunakan fakta auta dalam marketing mereka.
Yang paling penting, setiap permulaan penulisan perlulah dimulakan dengan cubaan menghantar artikel pertama anda ke mana- mana sahaja editor. Praktis dan praktis serta improve kelemahan kita dengan selalu membaca dan terus menulis.
Semoga saya akan berjaya menghantar artikel pertama saya!!Kalian juga:)

Comments
Post a Comment