Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2018

Misi Pencarian RUMAWIP ( Residensi Suria Pantai) Part 1

Syukur alhamdulillah.Saya telah mendapat e-mail dari pemaju mengatakan saya baru sahaja berjaya tapisan pertama untuk Permohonan RUMAWIP  di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).Setelah menunggu hampir 3 bulan, ini adalah berita yang sangat saya nantikan sebelum tahun 2018 melabuhkan tirai. Selepas ini ada beberapa  lagi tapisan yang akan saya lalui namun biarlah ia berlaku dengan keizinan Allah.Jom saya kongsikan pengalaman saya setakat ini. Bermula pada bulan Ogos yang lalu, saya mula terlibat dalam pencarian rumah ini. Sebenarnya bermula dengan borak-borak kosong di pantri tentang rumah berdekatan tempat kerja. Allah buka hati kawan saya menghantar gambar projek RUMAWIP berdekatan. Dalam hati saya,,macam biasa tengok je..rupanya memang laluan  harian kami menghantar anak ke sekolah. Jadi saya pun bincang dengan suami , sama ada teruskan permohonan atau tidak. Antara kriteria yang saya fikirkan: 1.Lokasi yang hampir dengan sekolah anak--lokasi rumah ini hany...

Master Oh Master!!

10 November 2018 Tarikh hari Konvokesyen ke 34 IIUM..Alhamdulillah seronok melihat sahabat-sahabat yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.Melihat pada diri, saya rasa insyaALLAH saya mampu juga untuk 2 tahun lagi?Saya perlu terus bermotivasi dan konsisten!! Belajar secara separuh masa memang mencabar. Tapi sebenarnya ialah diri kita sendiri. Tahu bahagikan masa dan berpijak di bumi nyata.Harapan saya agar tahun depan saya dah boleh siapkan writing dan seterusnya boleh konvo dengan dianugerahkan oleh Rektor IIUM yang baru ..yang saya kenali secara peribadi secara kebetulan.Saya mahu beliau yang menganugerahkan scroll tersebut kepada saya..Amin.. update 29 Dec 2021 Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan journey master pada tahun 2021 ini. Kronologinya, setelah dah tak tahu bagaimana nak urus masa dan diri secara konsisten, saya join Program Nak Ubah Thesis pada 22/3/2020-Join Proses Dr Roket -15/5/2020- tulis, tulis draft hari hari , semak dengan SV, betulkan p...

Persediaan Ke SIRAJ 2020

Wau! Tajuknya macam wawasan 2020 pula. Alkisahnya anak kedua kami bakal menjejak kaki ke Tahun 1 pada 2020 nanti. so insyaAllah UKIS akan berlangsung pada tahun hadapan.Makanya saya perlulah membuat persediaan yang agak rapi jika mahu Eusoff menjadi warga SIRAJ seperti kakak sulungnya. Oleh kerana kemasukan yang akan datang ini lebih mencabar, kami rasa perlu bagi persediaan yang lebih rapi dan teratur. Yang penting bagi kami adalah telah mencuba yang terbaik. Mudah-mudahan tercapailah hasrat kami bagi memudahkan urusan jika keduanya bersekolah di tempat yang sama. December 2018 Musim sekolah ini akan kami manfaat kan dengan sesi membaca, menghafaz surah pilihan dan juga mengira. Mungkin rasa kesiannya anak-anak dah dibebankan dengan semua ini.Tapi percayalah ibu bapa sekalian, anak-anak sekarang memang boleh dan mampu. Cuma cara dan kaedah yang diaplikasikan perlulah lebih kepada permainan dan bukan menekan mereka. Bersusah-susah dahulu tidak mengapa.Korbankan masa "me time...