Skip to main content

Posts

Keputusan Rayuan UKIS 2025

  Sejak Husna lahir, saya dah mulakan harapan dan doa agar Husna dapat bersekolah dengan abang dan kakak kakaknya.Lama berdoa, usaha pun dah dimulakan dari awal. Penguasaan 3 M bermula dengan baik dan seperti yang dirancang.Nampak macam harapan semakin cerah bila mana antara semua, dia yang paling sopan, suka membaca dan suka belajar benda baru. Rupanya hari tidak selalunya indah, ada gerimis di tengah hari.Keluar keputusan tidak berjaya, saya rasa sedih teramat sangat. Sentiasa berfikir apakah sebab Husna tak berjaya.Kemungkinan besar calon calon lain lebih hebat dan berkelayakan untuk panggilan pertama.Tapi hati sentiasa kekal positif rayuan akan berjaya.Walaupun tipis kerana kuota rayuan sangat sedikit. Cuma kali ini semakin redha kerana Allah  pasti akan memberikan yang terbaik untuk Husna. Pengalaman silam semasa Hurun Ain juga berada di situasi ini sekurang kurangnya dapat memulihkan semangat  kami yang masih berbaki. Makanya, segala kepilan dokumen yang diper...
Recent posts

Persediaan UPKK 2024- From Zero

  Salam 7 Syawal 1446 Alhamdulillah, terasa lama sangat tidak berkongsi tulisan motivasi seperti ini. Saya sebenarnya dalam fasa agak down tentang pengajian saya- fasa takut yang hilang. Bila sebelum ini ada perasaan takut, cepat sikit saya bertindak.Rupanya terlalu tenang pun tidak bagus kerana  kurang hormon adrenalin dirembeskan. Oleh itu, saya nak berkongsi dengan khayalak pembaca tentang cerita saya kira kira 9 bulan yang lalu.  Kisah ketakutan positif tentang UPKK 2024 Bermula pada bulan Jun tahun 2024, maka bermula lah sesi taklimat UPKK dari pihak sekolah. Berlakunya perubahan format yang agak berbeza untuk tahun 2024 menyebabkan keseluruhan subjek berjumlah kepada 9.Seperti biasa, otak saya puas memikirkan bagaimana cara untuk membantu anak saya menyediakan diri untuk exam besar dia yang pertama kali.Anak lelaki lain caranya bagi saya nak tackle untuk belajar dengan rapi berbanding anak sulung yang lebih teratur dan tersusun. Alhamdulillah berkat bertanya, mensur...

Persediaan Kemasukan Sekolah Berasrama 2023

 Allahu akbar. Pejam celik anak sulung dah membesar dan tiba masanya untuk memasuki alam sekolah menengah. Seperti biasa, maka mak yang akan ketara menyediakan persediaan untuk anak anak.Bagi saya, kesedaran sebegini bagus kerana persediaan awal sangat perlu . Maklumat kini juga hanya di hujung jari. Berbeza semasa zaman saya, hanya menunggu tawaran diberikan melalui sekolah untuk memasuki SBP. Kini, ibu bapa perlu cakna akan requirement dan peperiksaan khusus untuk memasuki sekolah asrama seperti ini  SBP/MRSM/SMKA dan sebagainya.  Sebagai ikhtiar atau angkah awal saya adalah memasuki group2 SBP/MRSM yang ada di telegram dan facebook. SubhanaALLAH, banyak betul perkara yang saya ketinggalan. Sungguh berbeza . Kedua adalah cuba bersedia dengan teknik dan cara menjawab soalan Ketiga, beri hint awal untuk anak ke asrama dari segi emosi dan fizikal. Keempat- survey, lawat dan buat list pro and cons sekolah sekolah pilihan Doakan anak sulung saya berjaya mendapatkan tempat ke...

Persediaan UPKK 2021 Edisi Pandemik

  21/9/2021 Alhamdulillah syukur pada hari ini Allah telah anugerahkan saya dengan perasaan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. InsyaALLAH hari ni akan bermula perjalanan secara massive saya untuk anak sulung saya menghadapi UPKK. Walaupun bermula agak lambat, Allah menjaga kami dengan pengumuman penangguhan tarikh ke Bulan November. Makanya saya mestilah mengatur strategi agar apa yang saya impikan akan terlaksana. Mungkin impian saya agak tinggi tapi saya akan tetap bersyukur dengan apa yang ada. Sebab saya akui agak mencabar memonitor anak anak di musim pdpr dan saya mengakui saya bukanlah ibu yang sempurna. Namun kita perlu pandang ke hadapan. InsyaAllah akan ada keberkatan di atas usaha kita semua. update: 29/12/2021 Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Baik. Semalam result UPKK atau MPKAFA telah keluar secara rasmi. Syukur Ainul mendapat 8A dalam ujian kali ini. Terima kasih kepada barisan ustaz dan ustazah yang sangat membantu anak anak yang kurang belajar sec...

Roket Research Diary ( RRD): Diari Magic Untuk pelajar Master PHD

Alhamdulillah, syukur syukur Pada tanggal 23.8.2021, maka bertukarlah status saya ke status graduation.  Ia genap 5 tahun saya mendaftarkan diri sebagai pelajar master secara part time di UIA pada 24.8.2016. KENAPA LAMA SANGAT? itu soalan ramai orang. 4 hingga 5 tahun adalah tempoh yang diberikan untuk pelajar separuh masa menyelesaikan pengajian dalam mode research. Walaupun boleh lagi extend tapi syukur saya sempat habis dalam tempoh yang ditetapkan walaupun agak lewat. Pengajian by research adalah mode yang flexible. Kita boleh cepat atau boleh lama..bergantung pada banyak sebab.Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan supervisor yang sangat membantu saya dalam kajian ini. Namun satu sebab yang saya terlupa adalah pengurusan emosi, masa dan strategi penulisan.Saya bersyukur walaupun lama tapi saya dapat habiskan apa yang saya mulakan. ia ibarat larian marathon yang penuh dengan cabaran .Dengan anak 5 dan bertugas sepenuh masa, ia bukan sesuatu yang mudah namun ia boleh disusun d...

Pengalaman Bersalin Anak Ke5 edisi 2019

Alhamdulillah.. Hadiah menjelang tahun 2020 yang paling berharga untuk saya adalah kelahiran baby girl @anak kelima yang diberi nama Husna Naim. Saya ada berdoa jika diizinkan, saya teringin bersalin semasa cuti sekolah supaya urusan anak3 sekolah 2020 tidak begitu kelam kabut. SubhanaAllah.. walaupun dijangka lahir pada 11.1.2020, Allah telah mentaqdirkan baby Husna lahir pada 29.12.2019.Seperti selalu, saya coretkan sedikit sebanyak pengalaman ini untuk rekod peribadi dan sekiranya berguna untuk sahabat2 blogger mendapat manfaat darinya. Sepanjang kehamilan, saya tiada masalah atau komplikasi yang berat.Cuma hanya pada beberapa sesi temujanji terakhir,Dr ada memaklumkan berat bdn baby agak besar @36minggu berat baby sudah mencecah 3.4kg. Saya tiada GDM namun Dr mencadangkan agar saya diinduce pada minggu ke 37. Saya memaklumkan pada Dr boleh ke anjak ke tarikh 30hb 12( week 38) sbb saya telah mendaftarkan diri ke program Dr Roket di Bangi pada 28 Dec. Allahu akbar! Bila pula...

JOURNEY OF BABY 2020

Syukur pada Allah atas kurniaan terhebat ini.InsyaAllah saya bakal bersalin pada awal 2020 .Selaku bayi kelima dalm adik beradik, harapan saya proses bersalin akan menjadi semakin mudah.Namun segalanya Allah sahaja yang tahu dan tempat berharap.Mohon doa dari sahabat semua:) Barangan bayi pun saya xbeli banyak..lebih kepada guna semula dan DIY seperti sarung tilam,,bedung dan yang lain2.Cuma banyak pada deco rumah sebb nak ada suasana baru tahun 2020 nanti.   Maaf salah silap saya...Untuk kebanyakkan pembaca yang mahukan contoh soalan , hampir kesemua email telah saya balas tapi saya xtau mereka terima atau tidak..jadi mohon balas email tersebut sebagai tanda saya x miss balas email ya,.tq sangat.Bagi yang masih belum dapat balasan boleh inform sekali lagi. Oklah,,semoga semuanya dipermudahkan Allah dan baby dan saya sihat untuk bercuti selama 2 bulan nanti. Seeru ala barakatillah