Salam 7 Syawal 1446
Alhamdulillah, terasa lama sangat tidak berkongsi tulisan motivasi seperti ini. Saya sebenarnya dalam fasa agak down tentang pengajian saya- fasa takut yang hilang. Bila sebelum ini ada perasaan takut, cepat sikit saya bertindak.Rupanya terlalu tenang pun tidak bagus kerana kurang hormon adrenalin dirembeskan. Oleh itu, saya nak berkongsi dengan khayalak pembaca tentang cerita saya kira kira 9 bulan yang lalu. Kisah ketakutan positif tentang UPKK 2024
Bermula pada bulan Jun tahun 2024, maka bermula lah sesi taklimat UPKK dari pihak sekolah. Berlakunya perubahan format yang agak berbeza untuk tahun 2024 menyebabkan keseluruhan subjek berjumlah kepada 9.Seperti biasa, otak saya puas memikirkan bagaimana cara untuk membantu anak saya menyediakan diri untuk exam besar dia yang pertama kali.Anak lelaki lain caranya bagi saya nak tackle untuk belajar dengan rapi berbanding anak sulung yang lebih teratur dan tersusun.
Alhamdulillah berkat bertanya, mensurvey dan mencuba beberapa sifu UPKK di alam maya, anak saya boleh konsisten dengan kelas Ustaz Walid, Ustazah Syabinar , Ustazah Azizah dan beberapa lagi yang saya follow di telegram dan tiktok- tak semena mena saya kena dowload apps tik tok sebab banyak sangat info dan kelas dalam tu yang kita boleh ambil pengajaran.Juga saya suka sangat buku komik bahasa arab yang saya dapat link dari bondalufti.. Selain itu kelas tambahan anjuran sekolah dan buku latihan yang saya beli turut membantu. Memang lain macam persediaan kali ini memandangkan anak sulung dulu kurang pendedahan dan sumber latihan.
Nak dijadikan cerita, masa percubaan anak saya hanya berjaya mendapat 2A sahaja.Betapa sedih nya hati saya. Ada juga saya suarakan pada dia, ok ke tak kelas2 tu semua. Namun mungkin dengan cara ini saya lebih pantau dia belajar. Tiada lagi study di dalam bilik. Mesti study, dengar kelas zoom di ruang tamu, buka kuat kuat untuk saya juga belajar sama. Nampak semangat dia tak luntur dan lebih bersemangat. . Doa dan amalan seharian juga semakin sempurna dari hari ke sehari.Saya selalu ucapkan terima kasih kerana dia menggembirakan umi dengan belajar. Belajar pun umi dah happy.
Semasa keputusan diumumkan, saya tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Risau kecewa seperti sebelum ini. Kita kenal anak kita macam mana walaupun usaha telah dilakukan sehabis baik namun masih perlu redha dengan apa sahaja keputusan yang hadir.Saya pun buka keputusan di web agak lambat dari yang sepatutnya.Tiba tiba memang hormon gembira yang muncul. Dia berjaya dengan cemerlang seperti doa kami sekeluarga !! Saya nampak kepuasan dan kegembiraan pada riak wajahnya.
Antara learning point saya untuk kali ini, anggaplah UPKK ini batu loncatan untuk anak kita melangkah jauh. Peperiksaan bukan untuk menyusahkan tapi sebenarnya menjadi proses kita meluangkan lebih masa dengan mereka.Walaupun saya pernah rasa ok lah saya tak nak stresskan anak dan diri sendiri ( kerana ia effect emosi etc) namun saya bersyukur saya tak tekan button putus asa. Percayalah setiap anak ada peluang ini. Mereka perlukan support dan kata kata semangat dari kita. Jika anda ibu bapa yang belum bermula, jom sama sama kita bina batu bata kemenangan untuk anak anak berusaha, belajar dan berdoa agar ilmu ini menjadi bermanfaat . Untuk yang telah melepasi tahap UPKK ini , tahniah!! anda telah melakukan yang terbaik untuk anak anak dan insyAllah mereka belajar banyak perkara dari proses peperiksaan ini. Percayalah, from zero kita boleh melangkah, berlari dan memecut sekiranya diberikan peluang, kesabaran dan insyaAllah pulangan pahalanya amat berganda- ganda meskipun keputusan cemerlang bukan agenda utama kita.
Seeru ala barakatillah
Comments
Post a Comment