Sejak Husna lahir, saya dah mulakan harapan dan doa agar Husna dapat bersekolah dengan abang dan kakak kakaknya.Lama berdoa, usaha pun dah dimulakan dari awal. Penguasaan 3 M bermula dengan baik dan seperti yang dirancang.Nampak macam harapan semakin cerah bila mana antara semua, dia yang paling sopan, suka membaca dan suka belajar benda baru.
Rupanya hari tidak selalunya indah, ada gerimis di tengah hari.Keluar keputusan tidak berjaya, saya rasa sedih teramat sangat. Sentiasa berfikir apakah sebab Husna tak berjaya.Kemungkinan besar calon calon lain lebih hebat dan berkelayakan untuk panggilan pertama.Tapi hati sentiasa kekal positif rayuan akan berjaya.Walaupun tipis kerana kuota rayuan sangat sedikit. Cuma kali ini semakin redha kerana Allah pasti akan memberikan yang terbaik untuk Husna. Pengalaman silam semasa Hurun Ain juga berada di situasi ini sekurang kurangnya dapat memulihkan semangat kami yang masih berbaki. Makanya, segala kepilan dokumen yang diperlukan diuruskan dengan segera tanpa bertangguh. Di tengah hari panas lit lit,Cikgu Tadika sanggup menunggu kami mengambil surat dan dokumen yang diperlukan.Kali ini proses rayuan sangat tersusun.Terus memohon kepada Jabatan dan keputusan juga dari mereka.Doa tidak putus putus dibuat.Hampir 1 bulan setengah tempoh bertenang diisi dengan pengesahan sekolah rendah dan SRA..air mata bergenang hampir setiap kali melalui sekolah rendah dan SRA ini sambil memikirkan perjalanan pergi balik dari sekolah Husna nanti..dengan harapan semoga Allah berikan yang terbaik.
Syukur alhamdulillah,nampak cahaya di hujung jalan.18 .11 keputusan rayuan berjaya.Sujud syukur dan linangan air mata tidak henti henti mengalir sebagai tanda betapa bersyukurnya menerima berita gembira ini.Sungguh, perjalanan Husna masih panjang.Setakat kejayaan masuk ke sekolah rendah idaman mungkin biasa biasa untuk sesetengah orang.Tapi bagi kami, ia anugerah pertama dan nikmat Allah untuk Husna memulakan kejayaan kecil di SIRAJ.Maka sempurnalah kesemua anak5 kami diterima masuk ke sekolah ini yang menjadi medan pendidikan, ladang pengalaman dan peluang kejayaan buat mereka.Terima kasih buat ustaz dan ustazah SIRAJ AIA yang sangat budiman.Asbab sekolah ini juga kami berpindah dan bermastautin di tempat yang tidak pernah didaftarkan dalam kamus keluarga.Buat Husna, terima kasih kerana menunaikan hasrat Umi dan Abi.InsyaAllah kami akan beri apa yang kami mampu untuk SIRAJ AIA yang kami cintai.
Berminat dengan persediaan ke SIRAJ?Saya ada kongsikan sejak anak pertama (First batch) dan membalas hampir kesemua email yang diajukan di cthuf4id4h@gmail.com berkenaan contoh persediaan.InsyaAllah nanti saya update persediaan awal untuk ibu bapa yang pertama kali yang mencari sekolah integrasi rendah 1 sesi yang bagus dengan sistem yang baik di Kuala Lumpur.
Seeru ala barakatillah.
Comments
Post a Comment