Skip to main content

Pengalaman Bersalin Anak Ke5 edisi 2019

Alhamdulillah..
Hadiah menjelang tahun 2020 yang paling berharga untuk saya adalah kelahiran baby girl @anak kelima yang diberi nama Husna Naim.
Saya ada berdoa jika diizinkan, saya teringin bersalin semasa cuti sekolah supaya urusan anak3 sekolah 2020 tidak begitu kelam kabut.

SubhanaAllah..
walaupun dijangka lahir pada 11.1.2020, Allah telah mentaqdirkan baby Husna lahir pada 29.12.2019.Seperti selalu, saya coretkan sedikit sebanyak pengalaman ini untuk rekod peribadi dan sekiranya berguna untuk sahabat2 blogger mendapat manfaat darinya.
Sepanjang kehamilan, saya tiada masalah atau komplikasi yang berat.Cuma hanya pada beberapa sesi temujanji terakhir,Dr ada memaklumkan berat bdn baby agak besar @36minggu berat baby sudah mencecah 3.4kg. Saya tiada GDM namun Dr mencadangkan agar saya diinduce pada minggu ke 37.
Saya memaklumkan pada Dr boleh ke anjak ke tarikh 30hb 12( week 38) sbb saya telah mendaftarkan diri ke program Dr Roket di Bangi pada 28 Dec.
Allahu akbar! Bila pulang dan berbincang bersama suami, beliau mencadangkan saya mengikut sahaja nasihat Dr memandangkan ada beberapa komplikasi yang boleh dielakkan sekiranya baby keluar agak besar tanpa diinduce..( kemungkinan bahu baby tersangkut, boleh membawa ke kaedah pembedahan sekiranya baby lemas).

Oleh sbb sudah berkira2 mahu diinduce, maka plan kami bermula.Cuti umum 25hb saya ajak suami membeli carpet di Nilai dan pulang ke Senawang berjumpa ayah mertua.Siap adik belanja nasi arab lagi😄..Malamnya kami menghantar anak4 ke rumah abang saya di Shah Alam.Bukan main payah meninggalkan si kecik tidur di rumah orang..syahdu rasanya..tapi demi kebaikan dan harapan saya agar suami dapat fokus dan menemankan saya di Labour room nanti, terpaksa juga kami tinggalkan mereka.

26Dec2019-ANC

Bukaan baru 2cm.Dr memberi green light supaya saya pulang dan merujuk saya kepada MO yang sedang membuat kajian mengenai Foley balloon cathether..
Jadi kami pun balik dan malam tu ambil anak4 dari rumah abang semula.

27 Dec 2019 -1400 rumah

Selepas habis masak tengahari, saya bersiap untuk solat zuhur.Alangkah terkejutnya saya melihat show / darah telah keluar..diiringi rasa sakit yang agak kerap setiap 10 minit.Cepat2 saya msg suami yg berada di surau untuk solat Jumaat agar cepat pulang selepas selesai.Saya pula sejurus solat zuhur terus menyiapkan bag dan memberi pesanan kepada anak sulung agar mendoakan saya dan menjaga adik3.

27Dec 2019-1445 PAC

Sesampainya di PAC, nurse terus check dan bukaan telah 3cm!terus dibawanya saya ke labour room.Jangkaan saya by malam baby telah lahir.Rupanya bila Dr dtg dah check semula baru 2cm.alamak...kenalah tolak semula saya ke ward untuk pemantauan.

28Dec 2019 Ward prenatal

Sepanjang malam contraction tidak kerap namun show still keluar.Dr juga membenarkan saya berehat di ward untuk monitoring dan tunggu hingga 30hb ( induce).Saya pun rela duduk di ward memandangkan ini kelahiran ke 5 mungkin bukaan jalan lebih cepat..

SubhanaAllah..rupa2nya plan saya ke Bangi dan menginap di hotel telah Allah tukarkan dengan penginapan di ward hospital.Allahu Akbar!!Tak boleh bayangkan jika sakit di hotel atau semasa program tersebut berlangsung!

29Dec 2019 Ward prenatal 12.30 tengahari

Contraction semakin kerap dan lama.Saya sempat menikmati makanan lunch ( siap order menu western) ..namun rasa lain macam sakitnya..habis bantal2 saya pegang erat2 menahan sakit.Tak boleh jadi ni..ingatkan nak panggil Dr lps solat zuhur nanti..tp xtahaan sangat sakitnya..
cepat2 saya tekan button èmergency dan Dr datang sesegera mungkin.Melihat gelagat saya menahan sakit ,Dr membuat pemeriksaan dan nyata bukaan telah 4cm.Alhamdulillah😂

12.45 petang Labour Room
Contraction semakin kerap.Dr sempat membuat scan dan temankan saya di labour room.Tadi semasa tiba di LR terdengar nurse memaklumkan gas entonox habis dan perlu di top up.Alahai..rasa resah saya sbb gas itu sangat2 membantu saya.Doa banyak2 dalam hati agar stok gas sempat saya gunakan.Alhamdulillah, Dr membantu saya mencari stok gas di bilik lain.Good luck
..ayat terakhir Dr sebelum meninggalkan saya keseorangan yang khayal dalam sedutan gas Entonox...

2 petang Labour Room
Bila rasa sakit saya sedut dalam2 gas ..kurang rasa sakit dibuatnya..saya juga mampu tahan nak meneran sebab tiada siapa2 datang..tp dlm hati tu ingat Allah ada..Allah ada..Dia yang Maha Melihat keadaan hambaNya..
Akhirnya sekumpulan Dr datang untuk buat pemeriksaan kerana bacaan ctg saya semakin tinggi.Tidak sempat clerking dilakukan seperti biasa.Mereka terus merujuk MO yang lebih senior..Saya rasa bacaan ctg ada dipaparkan secara central bagi memudahkan Dr datang memeriksa.
Bila bacaan sangat tinggi maksudnya baby sudah bersedia dilahirkan dan bukaan telah semakin besar! Tiba tiba terasa air ketuban pecah sendiri.Puan ada rasa nak teran ke...saya mengangguk..Ok puan..teran ye..Alhamdulillah pada jam 247 petang baby selamat dilahirkan😄😊sedar x sedar terlihat suami di sebelah memberi semangat.Allahu Akbar!!seronoknya🎊

Begitulah kenangan terindah buat saya untuk kelahiran kali ini.Apa yang saya muhasabah..percayalah Allah mesti memudahkan urusan kita dan kena bersangka baik dengan Allah.Dia sahaja yang ada di sisi kita sewaktu tiada siapa2 yang boleh kita harapkan.Doa agar Allah datangkan orang2 yang boleh bantu kita di dalam kesusahan.Plan manusia tidak dapat mengatasi peraturanNya.

Pada kali ini juga saya banyak mengamalkan bacaan sirah Al- Ghaffir ayat 44 dan surah AnNas beserta maksudnya.Niatkan dengan sungguh2 agar Allah jauhkan diri kita dari kesilapan manusia - (Dr, nurse ataupun kesilapan kita sendiri).Saya amat bersyukur ditemukan dengan insan2 yang baik dan banyak membantu saya untuk proses kelahiran kali ini.Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.Saat seorang itu sakit dan perlukan kata2 semangat, saat itulah rasanya bantuan hatta perkataan good luck pun sangat2 bernilai.semoga saya juga akan berbuat perkara yang sama kepada pesakit2 saya.

Maaf sebab perkongsian kali ini agak panjang..semoga ianya dapat membantu sahabat2 yang sedang menunggu hari yang mendebarkan dan semoga urusan anda dipermudahkan Allah😊Jangan takut untuk menghadapinya kerana Allah sentiasa bersama kita!

Doakan Husna Naim sihat dari jaundice ya🙂nanti saya kongsikan cabaran seterusnya..days7withseverejaundice..

Seeru ala barakatillah..

update 29.12- Alhamdulillah Husna sudah berumur 2 tahun hari ini. Terlalu bersyukur pada Allah atas nikmat kesihatan bersama abang dan kakak3 nya. Anak yang paling jarang keluar rumah dek kerana pandemik. Husna dah bercakap banyak, pandai baca doa makan, doa tidur, suka menyanyi lagu sesame street , didi dan omar hana serta menyakat orang lain. Semoga Allah pelihara Husna Naim menjadi anak yang solehah.Amin

Comments

Popular posts from this blog

SIRAJ:Misi Mencari Sekolah Agama Wilayah

Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah  Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab  dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar  anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...

Pengalaman Membeli Proton Ertiga 2017

Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami. Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps. Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la  nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat ...

Persediaan SIRAJ 2020 Part 2

Alhamdulillah, hampir setiap hari saya mendapat email untuk mendapatkan beberapa tips kemasukan ke SIRAJ.  Agak risau juga kerana tahun depan hanya 2 kelas sahaja yang dibuka.Bermaksud hanya 60 pelajar yang akan diterima masuk. Semoga sedikit tips saya berguna dan mohon doakan agar anak saya juga berjaya ya. Niat saya agar ibu bapa boleh menyediakan anak dan telah berusaha yang terbaik. Semoga dengan asbab kita mudahkan urusan orang lain, Allah juga akan bantu kita kerana Dia Yang Maha Hebat dan Kaya. Sedikit peringatan kepada ibu bapa, jangan lupa untuk mendaftar anak ke sekolah biasa sebelum memohon ke SIRAJ  , kerana mereka akan minta salinan permohonan tersebut semasa kita mengambil borang nanti. Akhir kalam..intai-intailah iklan di luar sekolah yang kita berminat supaya kita tidak terlepas  tarikh mengambil borang. Seeru ala barakatillah:)