Skip to main content

Cornell Burn Free Steam Iron Murah!!

Alhamdulillah..sepanjang minggu lepas misi mencari iron berakhir dengan rezeki kami bertemu dengan iron Cornell ini.

Alkisah iron lama jenis dry iron pun jenama Cornell tapi telah uzur keadaannya,,asyik terbakar kan baju dan dah x licin lagi.Saya memanggg x reti guna iron,,bab nak adjust2 suhu ni memang gagal..apa lagi kalau tgh bz dengan anak2 sambil mengiron ni..huhu.

Mulalah berangan dengan iron2 mahal yang beribu-ribu tu.Kawan-kawan pun banyak yang beli dan kata sangat bagus.
Tak apalah,saya rasa belum bersedia nak habiskan duit yang banyak untuk itu.Survey punya survey..saya berminat dengan jenama Philips Steam iron tapi punyalah banyak betul modelnya.Bila search perkongsian kat web, kita kena tahu apa yang kita perlukan supaya x tersalah beli.

Untuk saya..ciri2 yang saya nak--

1.Burn free-boleh off sendiri kalau x pakai --manalah tau accidently happen
2.Jenis steam--sebab malas nak spray2 air kat baju
3.Xperlu adjust suhu based on material kain!!--ini ciri terpenting sebenarnya..sebab mmg saya mengidam dengan iron macam ni.

Akhirnya,,puas shoppee..lazada..aeon dan akhirnya berjodoh dengan SenQ;)

Kat web x kuar pulak brand Cornell ni utk type non-adjustable,,tapi jumpa kat Aeon ( RM178--warna merah)..Bila pergi SenQ jumpa harga  RM 170 (- discount RM 47)= RM 123 sahaja!!Cuma nya tinggal display unit.Warna Purple.. Kami rembat je la plus bayar card keahlian untuk dapatkan warranty gantian percuma one to one.Rupanya bila balik rumah baru terjumpa entry iron Cornell pernah dijual di cjwowshop..huhu,,nampak sangat xtau perkembangan semasa..

https://www.cjwowshop.com.my/cornell-burn-free-steam-iron-103550.html#


So far..pengalaman menggosok baju lebih menggembirakan. Ya,,memang tong air jenama ini agak kecil--kena isi 2 kali kalau kuantiti baju banyak..tapi alhamdulillah membantu sangat bagi saya yang sangat tidak suka menggosok atas alasan2 di atas tadi.
Sekarang memang cepat sangat menggosok..iron 1 belah pun dah cukup..memang kena cepat supaya air x kering..macam kita tengah berlumba gamaknya..hanger dan baju yang nak digosok kena disediakan terlebih dahulu berhampiran dengan iron kalau x rugi steam tu..hihi.

Semoga perkongsiaan ini dapat membantu rakan2 yang sedang mencari iron baru!!

Comments

Popular posts from this blog

SIRAJ:Misi Mencari Sekolah Agama Wilayah

Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah  Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab  dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar  anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...

Pengalaman Membeli Proton Ertiga 2017

Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami. Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps. Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la  nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat ...

Persediaan SIRAJ 2020 Part 2

Alhamdulillah, hampir setiap hari saya mendapat email untuk mendapatkan beberapa tips kemasukan ke SIRAJ.  Agak risau juga kerana tahun depan hanya 2 kelas sahaja yang dibuka.Bermaksud hanya 60 pelajar yang akan diterima masuk. Semoga sedikit tips saya berguna dan mohon doakan agar anak saya juga berjaya ya. Niat saya agar ibu bapa boleh menyediakan anak dan telah berusaha yang terbaik. Semoga dengan asbab kita mudahkan urusan orang lain, Allah juga akan bantu kita kerana Dia Yang Maha Hebat dan Kaya. Sedikit peringatan kepada ibu bapa, jangan lupa untuk mendaftar anak ke sekolah biasa sebelum memohon ke SIRAJ  , kerana mereka akan minta salinan permohonan tersebut semasa kita mengambil borang nanti. Akhir kalam..intai-intailah iklan di luar sekolah yang kita berminat supaya kita tidak terlepas  tarikh mengambil borang. Seeru ala barakatillah:)