Skip to main content

Misi menjahit Jubah

Mak saya suka anak perempuannya pandai menjahit baju.2 kakak saya memang pandai menjahit malah turut menerima tempahan.Sedari kecil, jarang saya membeli baju siap atau menempah kerana kakak telah menyediakannya untuk saya. Semasa cuti menunggu SPM, mak membeli mesin jahit baru untuk keperluan saya.Langsir, sarung tilam dan macam macam saya jahit dengannya.Dapatlah juga saya siapkan baju kurung pertama yang saya pakai semasa mengambil keputusan peperiksaan SPM.Sangat mengujakan!

Setelah bekerja dan berkeluarga, kesuntukan masa dan ketiadaan mesin jahit membuatkan saya tidak lagi menjahit.Hampir semuanya saya beli atau minta kakak jahitkan.Lagipun ilmu menjahit yang saya ada adalah sangat asas dan turun temurun dari keluarga.Mungkin saya juga tidak ambil serius tentang tips yang diberikan oleh kakak semasa mengajar saya. Balik kg tempohari, mak bertanya sambil menyidai baju...baju2 ni beli atau jahit? MasyaAllah, mungkin ingatan untuk saya untuk memulakan kembali cita cita mak.

Allah Maha Berkuasa, saya telah lama diperkenalkan oleh rakan sekerja tentang Bengkeljahitan.com.Kata beliau confirm dapat siap satu baju dalam masa sehari!Bukti depan mata, beliau sering menggayakan baju kurung buatan beliau sendiri ke tempat kerja.

Setelah mendapat greenlight dari suami, saya mendaftar kelas menjahit jubah pada 4.2.2017. Bertempat  di Masjid Al Ghufran, TTDI, sangat selesa dan mudah untuk dicari.Kebetulan venue memang dekat dengan rumah dan kami sering ke sana untuk solat dan makan- makan

Kelas menjahit sangat santai dan praktikal.Kak Ti ( tenaga pengajar) dibantu oleh 2 orang anak gadis yang sangat lincah menolong.Hanya dua orang sahaja peserta pada hari tersebut.Terkejut juga saya ingat kelas ditangguhkan kerana sedikit peserta.Rupanya masih on, melainkan jika hanya 1 orang sahaja terpaksa ditukar tarikhnya.

Dari mengambil ukuran hingga menjahit, segala tips dikongsikan oleh Kak Ti.Berbekalkan mesin jahit lama Raleigh milik arwah ibu mertua, saya dapat menyiapkan jubah idaman! Mujur Kak Ti maklumkan kami boleh membawa mesin jahit sendiri ke kelas.Sekiranya ada masalah semasa menjahit,beliau masih boleh dihubungi hatta selepas kelas berakhir.

Genap sebulan, saya telah berjaya menyiapkan 2 pasang jubah lagi.Walaupun belum secantik jahitan butik, tapi insyaAllah raya tahun ini saya akan siapkan baju jubah untuk saya dan anak anak perempuan sendiri.

Terima kasih Kak Ti, kerana mengajar dan memberi motivasi untuk terus menjahit!!





Comments

Popular posts from this blog

SIRAJ:Misi Mencari Sekolah Agama Wilayah

Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah  Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab  dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar  anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...

Pengalaman Membeli Proton Ertiga 2017

Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami. Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps. Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la  nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat ...

Persediaan SIRAJ 2020 Part 2

Alhamdulillah, hampir setiap hari saya mendapat email untuk mendapatkan beberapa tips kemasukan ke SIRAJ.  Agak risau juga kerana tahun depan hanya 2 kelas sahaja yang dibuka.Bermaksud hanya 60 pelajar yang akan diterima masuk. Semoga sedikit tips saya berguna dan mohon doakan agar anak saya juga berjaya ya. Niat saya agar ibu bapa boleh menyediakan anak dan telah berusaha yang terbaik. Semoga dengan asbab kita mudahkan urusan orang lain, Allah juga akan bantu kita kerana Dia Yang Maha Hebat dan Kaya. Sedikit peringatan kepada ibu bapa, jangan lupa untuk mendaftar anak ke sekolah biasa sebelum memohon ke SIRAJ  , kerana mereka akan minta salinan permohonan tersebut semasa kita mengambil borang nanti. Akhir kalam..intai-intailah iklan di luar sekolah yang kita berminat supaya kita tidak terlepas  tarikh mengambil borang. Seeru ala barakatillah:)