TAHNIAH!Anda telah bergelar ibu,ummi,emak atau apa sahaja gelarannya.Amanah Allah berupa bayi comel mesti dijaga dan disempurnakan.
Mengikut pengalaman saya yang tidak seberapa ini, saya senaraikan beberapa isu selepas bersalin pada ibu dan baby serta pendekatan yg boleh diambil utk mengatasinya.Seeru ala barakatillah:)
1.Jaundice/Demam kuning
Secara amnya kebanyakan bayi masa kini akan menghadapinya.Jangan panik.Hadapilah dengan tenang dan redha.Jika ia dikesan seawal sehari selepas kelahiran, mungkin bayi akan dibiarkan dahulu di bawah pengawasan hospital/di bawah lampu biru.Jika ianya berlaku di rumah, hampir setiap hari perlulah bersedia ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk pemeriksaan harian.Darah si comel akan diambil untuk mengetahui tahap 'kuning' nya.
Banyak tips untuk menurunkan tahap tersebut.Namun mungkin kita boleh mengelakkan ia berlaku atas izin Allah.Minum susu kambing sejak bayi dalam kandungan!Selain membekalkan kalsium yang baik untuk pembesaran tulang bayi, tips ini juga alhamdulillah berkesan untuk bayi ketiga ini.Bagi saya, harga dan manfaat susu kambing melebihi susu utk ibu mengandung yang terdapat di pasaran(saya turut tergoda dgn iklan tv semasa kali pertama mengandung dan sebagai pengguna tegar penyimpan sudu produk, blood pressure mini menjadi ganjaran saya!).Tidak perlu risau tentang kosnya kerana saya sendiri memilih susu kambing jenama murah di pasaran .Satu sachet hanya bernilai RM 1.60 = segelas teh tarik untuk hidangan bersarapan.Murahkan!
Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...
Comments
Post a Comment