Alhamdulillah musim ujian kemasukan tahun satu kembali bermula.Telah agak lama tidak menulis berkaitan UKIS, antara topik kegemaran saya
Antara faktor kejayaan seseorang pelajar adalah kemahiran asas membaca dan menulis dan mengira serta persediaan rapi.
Namun faktor yang paling penting adalah bantuan daripada Allah.Doalah semoga Allah memudahkan urusan serta semoga Allah memberikan yang terbaik untuk anak kita seawal usia.
Sebenarnya dalam saya berkongsi tentang persediaan UKIS, saya juga diuji dengan kegagalan.2 orang anak sebelum ini gagal dalam ujian ini walaupun persediaan telah agak rapi dibuat.Rupanya Allah telah sediakan ruang untuk saya berkongsi tentang episod rayuan kemasukan pula.MasyaAllah.
Untuk kedua dua anak yg gagal menerima tawaran, saya telah membuat rayuan seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah.Dalam fasa rayuan inilah air mata tidak henti2 mengalir.Kerana bila telah ada abang dan kakak di SIRAJ, harapan dan doa kita untuk anak bersekolah di tempat yang sama adalah sangat tinggi.Apatah lagi jika segala persediaan rapi dan anak telah pun menunjukkan prestasi yang lebih baik dari sebelumnya lantaran kita telah belajar dari kesilapan lalu.Pressure lebih tinggi orang kata.
Semasa anak ketiga, oleh kerana ujian dijalankan semasa pkp ( online) maka format ujian juga banyak berubah.Anak yang tidak bersekolah secara face to face selama setahun perlu menjalani ujian secara online pula.Semasa ini, saya banyak membuat mock ujian secara Google meet, saya buat format soalan online, buat link dan anak menjawab secara online format interview.Masa ni anak di rumah dan saya di pejabat.Masa rehat saya gunakan untuk melatih anak menjawab secara online dengan bantuan anak lain yang ada di rumah ( abang dan kakak).Akhirnya semasa ujian berlangsung, anak tidak terlalu kekok menjawab namun ada yang dia tidak dapat jawab dengan baik.Semasa ujian online ini kerana ia dijalankan di rumah masing masing, ibu bapa hanya boleh berada berdekatan murid namun memang tidak boleh membantu sebab ujian adalah berformat interview bukan objektif.Contohnya ada petikan , anak kena baca dsb.Menangis saya di sebelahnya kerana memikirkan keputusan ujian nanti.Habis sahaja ujian, anak nampak saya menangis, dia kata tak apa Umi, saya Ok..hiba hati saya mendengar jawapan anak.Dia tak rasa dia gagal pun.Alhamdulillah.
Namun berita yang saya takuti akhirnya tiba jua.Anak tidak mendapat tawaran yang dihajati.Maka bermulalah episod rayuan yang saya betul betul hayati.Rayuan formal secara bertulis serta rayuan kepada Yang Maha Esa.Niat saya agar anak dapat satu sekolah dengan abang dan kakak dan memudahkan urusan kami.Syukur, akhirnya keputusan berjaya diperolehi akhirnya.Alhamdulillah.
Tahun seterusnya untuk anak keempat, alhamdulillah tidak perlu menghadapi fasa rayuan kerana anak mendapat tawaran yang diidamkan.Syukur sangat ya Allah.
Untuk anak kelima lebih mencabar kerana semasa ini tekanan lebih hebat.Anak pula lahir akhir tahun ( lagi 3 hari nak masuk tahun baru).Namun semangat lebih membara kerana dah anak last katanya.
Rasanya anak ini yang paling mudah membaca, suka belajar dan mahir menulis antara anak yang lain.Namun apabila keputusan diumumkan, gagal pula mendapat tempat.Kali ini episod rayuan agak berbeza.Ada dokumen dan surat sokongan daripada tadika sebagai keperluan yang mesti disertakan.Pendek kata lebih tersusun cara membuat rayuan.Alhamdulillah kejayaan mendapat tempat akhirnya diperolehi pada waktu yang sangat dihajati.
Kesimpulannya, hadapilah apa sahaja keputusan dengan hati yang redha.Baru fikirkan untuk merayu.Jangan berputus asa.Kerana ramai juga yang saya jumpa tidak membuat rayuan ataupun terlepas tarikh akhir rayuan.InsyaAllah kita usaha hingga titisan yang terakhir.
Oh ya..antara kesilapan yang anak mungkin boleh lakukan semasa ujian walaupun anak kita cemerlang semasa buat latihan di rumah adalah:
1.Tulisan tidak terang / tak nampak sangat
- so make sure guna pensel yang agak pekat dan minta anak berlatih tulis secara terang dan cantik
2.Masa interview tak boleh jawab dengan suara yang didengari pemeriksa
3.Sangat pemalu dengan pemeriksa
Saya pun tak pasti apa kekurangan anak saya namun ini antara perkara yang saya cuba ibu ayah berusaha atasi.
Cuba buat mock ( percubaan) dengan orang yang anak kurang biasa .Minta orang itu sebagai pemeriksa sebagai latihan awal.
Sekarang mudah boleh buat sendiri soalan contoh pengesanan menggunakan AI.Banyakkan latihan dan InsyaAllah usaha tidak mengkhianati hasil.Jika tidak berjaya percayalah ada rezeki lain yang menanti.
Akhir kalam, selamat berjaya buat ibu bapa semua.Saya doakan ibu bapa mendapat apa yang dihajati.Jika perlukan contoh surat rayuan boleh email saya di cthuf4id4h@gmail.com.
Seeru ala barakatillah
Ummi Eusoff
060626
Comments
Post a Comment