Alhamdulillah musim ujian kemasukan tahun satu kembali bermula.Telah agak lama tidak menulis berkaitan UKIS, antara topik kegemaran saya Antara faktor kejayaan seseorang pelajar adalah kemahiran asas membaca dan menulis dan mengira serta persediaan rapi. Namun faktor yang paling penting adalah bantuan daripada Allah.Doalah semoga Allah memudahkan urusan serta semoga Allah memberikan yang terbaik untuk anak kita seawal usia. Sebenarnya dalam saya berkongsi tentang persediaan UKIS, saya juga diuji dengan kegagalan.2 orang anak sebelum ini gagal dalam ujian ini walaupun persediaan telah agak rapi dibuat.Rupanya Allah telah sediakan ruang untuk saya berkongsi tentang episod rayuan kemasukan pula.MasyaAllah. Untuk kedua dua anak yg gagal menerima tawaran, saya telah membuat rayuan seperti yang diarahkan oleh pihak sekolah.Dalam fasa rayuan inilah air mata tidak henti2 mengalir.Kerana bila telah ada abang dan kakak di SIRAJ, harapan dan doa kita untuk anak bersekolah di tempat ya...
Sejak Husna lahir, saya dah mulakan harapan dan doa agar Husna dapat bersekolah dengan abang dan kakak kakaknya.Lama berdoa, usaha pun dah dimulakan dari awal. Penguasaan 3 M bermula dengan baik dan seperti yang dirancang.Nampak macam harapan semakin cerah bila mana antara semua, dia yang paling sopan, suka membaca dan suka belajar benda baru. Rupanya hari tidak selalunya indah, ada gerimis di tengah hari.Keluar keputusan tidak berjaya, saya rasa sedih teramat sangat. Sentiasa berfikir apakah sebab Husna tak berjaya.Kemungkinan besar calon calon lain lebih hebat dan berkelayakan untuk panggilan pertama.Tapi hati sentiasa kekal positif rayuan akan berjaya.Walaupun tipis kerana kuota rayuan sangat sedikit. Cuma kali ini semakin redha kerana Allah pasti akan memberikan yang terbaik untuk Husna. Pengalaman silam semasa Hurun Ain juga berada di situasi ini sekurang kurangnya dapat memulihkan semangat kami yang masih berbaki. Makanya, segala kepilan dokumen yang diper...