Skip to main content

Keputusan Rayuan UKIS 2025

 

Sejak Husna lahir, saya dah mulakan harapan dan doa agar Husna dapat bersekolah dengan abang dan kakak kakaknya.Lama berdoa, usaha pun dah dimulakan dari awal. Penguasaan 3 M bermula dengan baik dan seperti yang dirancang.Nampak macam harapan semakin cerah bila mana antara semua, dia yang paling sopan, suka membaca dan suka belajar benda baru.

Rupanya hari tidak selalunya indah, ada gerimis di tengah hari.Keluar keputusan tidak berjaya, saya rasa sedih teramat sangat. Sentiasa berfikir apakah sebab Husna tak berjaya.Kemungkinan besar calon calon lain lebih hebat dan berkelayakan untuk panggilan pertama.Tapi hati sentiasa kekal positif rayuan akan berjaya.Walaupun tipis kerana kuota rayuan sangat sedikit. Cuma kali ini semakin redha kerana Allah pasti akan memberikan yang terbaik untuk Husna. Pengalaman silam semasa Hurun Ain juga berada di situasi ini sekurang kurangnya dapat memulihkan semangat  kami yang masih berbaki. Makanya, segala kepilan dokumen yang diperlukan diuruskan dengan segera tanpa bertangguh. Di tengah hari panas lit lit,Cikgu Tadika sanggup menunggu kami mengambil surat dan dokumen yang diperlukan.Kali ini proses rayuan sangat tersusun.Terus memohon kepada Jabatan dan keputusan juga dari mereka.Doa tidak putus putus dibuat.Hampir 1 bulan setengah tempoh bertenang diisi dengan pengesahan sekolah rendah dan SRA..air mata bergenang hampir setiap kali melalui sekolah rendah dan SRA ini sambil  memikirkan perjalanan pergi balik dari sekolah Husna nanti..dengan harapan semoga Allah berikan yang terbaik.

Syukur alhamdulillah,nampak cahaya di hujung jalan.18 .11 keputusan rayuan berjaya.Sujud syukur dan linangan air mata tidak henti henti mengalir sebagai tanda betapa bersyukurnya menerima berita gembira ini.Sungguh, perjalanan Husna masih panjang.Setakat kejayaan masuk ke sekolah rendah idaman mungkin biasa biasa untuk sesetengah orang.Tapi bagi kami, ia anugerah pertama dan nikmat Allah untuk Husna memulakan kejayaan kecil di SIRAJ.Maka sempurnalah kesemua anak5 kami diterima masuk ke sekolah ini yang menjadi medan pendidikan, ladang pengalaman dan peluang kejayaan buat mereka.Terima kasih buat ustaz dan ustazah SIRAJ AIA yang sangat budiman.Asbab sekolah ini juga kami berpindah dan bermastautin di tempat yang tidak pernah didaftarkan dalam kamus keluarga.Buat Husna, terima kasih kerana menunaikan hasrat Umi dan Abi.InsyaAllah kami akan beri apa yang kami mampu untuk SIRAJ AIA yang kami cintai.


Berminat dengan persediaan ke SIRAJ?Saya ada kongsikan sejak anak pertama (First batch) dan membalas hampir kesemua email yang diajukan di cthuf4id4h@gmail.com berkenaan contoh  persediaan.InsyaAllah nanti saya update persediaan awal untuk ibu bapa yang pertama kali yang mencari sekolah integrasi rendah 1 sesi yang bagus dengan sistem yang baik di Kuala Lumpur.


Seeru ala barakatillah.

Comments

Popular posts from this blog

SIRAJ:Misi Mencari Sekolah Agama Wilayah

Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah  Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab  dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar  anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...

Pengalaman Membeli Proton Ertiga 2017

Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami. Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps. Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la  nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat ...

Persediaan UPKK 2024- From Zero

  Salam 7 Syawal 1446 Alhamdulillah, terasa lama sangat tidak berkongsi tulisan motivasi seperti ini. Saya sebenarnya dalam fasa agak down tentang pengajian saya- fasa takut yang hilang. Bila sebelum ini ada perasaan takut, cepat sikit saya bertindak.Rupanya terlalu tenang pun tidak bagus kerana  kurang hormon adrenalin dirembeskan. Oleh itu, saya nak berkongsi dengan khayalak pembaca tentang cerita saya kira kira 9 bulan yang lalu.  Kisah ketakutan positif tentang UPKK 2024 Bermula pada bulan Jun tahun 2024, maka bermula lah sesi taklimat UPKK dari pihak sekolah. Berlakunya perubahan format yang agak berbeza untuk tahun 2024 menyebabkan keseluruhan subjek berjumlah kepada 9.Seperti biasa, otak saya puas memikirkan bagaimana cara untuk membantu anak saya menyediakan diri untuk exam besar dia yang pertama kali.Anak lelaki lain caranya bagi saya nak tackle untuk belajar dengan rapi berbanding anak sulung yang lebih teratur dan tersusun. Alhamdulillah berkat bertanya, mensur...