Skip to main content

Keputusan UKIS 2019


Setelah hampir sebulan menunggu keputusan , akhirnya sampailah ke saat yang dinantikan.Keputusan UKIS 2019!! Sebelum itu saya nak throwback sewaktu peperiksaan berlangsung pada 4 Mei 2019 yang lalu..Hampir 250 lebih anak - anak hadir untuk ujian.Pelbagai gaya dan drama yang boleh dilihat termasuk anak saya sendiri.Ada anak yang menangis tidak mahu berpisah dengan keluarga dan ada yang hadir dengan  yang muka sangat ceria!Sepanjang peperiksaan berlangsung, ibu bapa mendengar taklimat daripada bahagian JAWI di dewan.Mulai tahun ini, ujian lisan turut dimasukkan ke dalam format peperiksaan.Murid diminta membaca teks atau menjawab soalan lisan samada dalam bahasa Melayu, Inggeris, Jawi dan Arab atau petikan  Al quran.
 (saya pun baru tahu format baru beberapa hari sebelum ujian berlangsung)

Berbalik kepada kisah anak saya, alhamdulillah dia diterima masuk untuk kemasukan kali ini.Memang tak keruan sepanjang masa menunggu keputusan ini. Bagi anak yang tidak berjaya, jangan risau.Ibu bapa yang masih berminat, boleh membuat rayuan mengikut format yang dicadangkan oleh pihak sekolah. InsyaAllah ada rezeki masih boleh dipertimbangkan.Jangan berputus asa bagi yang tidak berjaya kerana ALLAH ada pilihan yang lebih baik untuk anak anak kita.

Tips tambahan  yang boleh saya kongsikan untuk anak kita berani bercakap dengan orang luar atau yang tidak dikenali sebagai persediaan ujian lisan ialah latih anak menjawab soalan mudah setiap hari, tanya tentang apa yang mereka lakukan setiap hari di tadika, membeli belah bersama dan wujudkan permainan bercerita di kalangan ahli keluarga. Semoga semua tips saya membantu ibu bapa semua .Terima kasih kerana sudi membaca dan maaf salah silap! Selamat Hari Raya Aidilfitri 2019:)



Seeru ala barakatillah

Comments

  1. Aslm puan..kalau tak keberatan boleh share contoh soalan utk Exam Siraj
    nurfadhilahomar17@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum puan..mohon jasa baik boleh email contoh contoh soalan ujian ke SIRAJ (nak buat persediaan berpanduan sikit untuk kemasukan 2022) email saya ameenclix4u@gmail.com
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Puan.. Mohon jasa baik Puan kalau boleh email kan Apa jua ttg contoh soalan untuk kemasukan ke SIRAJ Ibnu Abbas Sessi 2022.. InshaAllah anak sy akan ade interview session lagi 2 minggu.. Ni email sy elyanajamil@yahoo.com.. Terima Kasih ya Puan atas jasa baiknya.. Moga Allah balas jasa Puan sebaiknya

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Puan.. Mohon jasa baik Puan share contoh soalan untuk UKIS 2022..Terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup Puan.. Ni email saya: Ninieanith@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum puan. Saya juga nak mohon jasa baik puan unyuk email contoh soalan ujian ke SIRAJ : mridhuan.mf@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

SIRAJ:Misi Mencari Sekolah Agama Wilayah

Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah  Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab  dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar  anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...

Pengalaman Membeli Proton Ertiga 2017

Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami. Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps. Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la  nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat ...

Persediaan UPKK 2024- From Zero

  Salam 7 Syawal 1446 Alhamdulillah, terasa lama sangat tidak berkongsi tulisan motivasi seperti ini. Saya sebenarnya dalam fasa agak down tentang pengajian saya- fasa takut yang hilang. Bila sebelum ini ada perasaan takut, cepat sikit saya bertindak.Rupanya terlalu tenang pun tidak bagus kerana  kurang hormon adrenalin dirembeskan. Oleh itu, saya nak berkongsi dengan khayalak pembaca tentang cerita saya kira kira 9 bulan yang lalu.  Kisah ketakutan positif tentang UPKK 2024 Bermula pada bulan Jun tahun 2024, maka bermula lah sesi taklimat UPKK dari pihak sekolah. Berlakunya perubahan format yang agak berbeza untuk tahun 2024 menyebabkan keseluruhan subjek berjumlah kepada 9.Seperti biasa, otak saya puas memikirkan bagaimana cara untuk membantu anak saya menyediakan diri untuk exam besar dia yang pertama kali.Anak lelaki lain caranya bagi saya nak tackle untuk belajar dengan rapi berbanding anak sulung yang lebih teratur dan tersusun. Alhamdulillah berkat bertanya, mensur...