Skip to main content

Master Oh Master!!

10 November 2018

Tarikh hari Konvokesyen ke 34 IIUM..Alhamdulillah seronok melihat sahabat-sahabat yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka.Melihat pada diri, saya rasa insyaALLAH saya mampu juga untuk 2 tahun lagi?Saya perlu terus bermotivasi dan konsisten!!

Belajar secara separuh masa memang mencabar. Tapi sebenarnya ialah diri kita sendiri. Tahu bahagikan masa dan berpijak di bumi nyata.Harapan saya agar tahun depan saya dah boleh siapkan writing dan seterusnya boleh konvo dengan dianugerahkan oleh Rektor IIUM yang baru ..yang saya kenali secara peribadi secara kebetulan.Saya mahu beliau yang menganugerahkan scroll tersebut kepada saya..Amin..

update
29 Dec 2021

Syukur Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan journey master pada tahun 2021 ini.
Kronologinya, setelah dah tak tahu bagaimana nak urus masa dan diri secara konsisten, saya join Program Nak Ubah Thesis pada 22/3/2020-Join Proses Dr Roket -15/5/2020- tulis, tulis draft hari hari , semak dengan SV, betulkan penulisan, meeting dengan SV ,Final Progress, sambung menulis, SV semak dan komen, meeting lagi akhirnya dapat hantar Thesis -30/3/2021, Viva pada 30/6/2021, Siap correction untuk hardbound 30/7/2021- Poskan Hardbound 6/8/2021 dan mendapat surat senat pada 20 Ogos 2021. Genap 5 tahun perjalanan master partime saya. Syukur syukur ( 24.8.2016-20/8/2021) Terima kasih kepada SV, COSV  saya yang sangat baik dan sangat membantu along the journey. Allah sahaja yang mampu membalas jasa Dr ( Sekarang dah full Prof.Alhamdulillah;), suami tersayang , keluarga dan kawan kawan semua.

Dan syukur walaupun konvo UIA tak dapat dijalankan tahun ini sebab pandemik, saya berpeluang bertemu dengan insan yang saya memang nak jumpa dengan skroll iaitu Tan Sri Dzulkifli. Allahu akbar. Segala impian adalah satu doa dan Allah jua lah yang mampu menjadikan nya tercapai. Kita serahkan segalanya kepada Yang Maha Mengurus  Allah SWT.




Comments

Popular posts from this blog

SIRAJ:Misi Mencari Sekolah Agama Wilayah

Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah  Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab  dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar  anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...

Pengalaman Membeli Proton Ertiga 2017

Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami. Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps. Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la  nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat ...

Persediaan UPKK 2024- From Zero

  Salam 7 Syawal 1446 Alhamdulillah, terasa lama sangat tidak berkongsi tulisan motivasi seperti ini. Saya sebenarnya dalam fasa agak down tentang pengajian saya- fasa takut yang hilang. Bila sebelum ini ada perasaan takut, cepat sikit saya bertindak.Rupanya terlalu tenang pun tidak bagus kerana  kurang hormon adrenalin dirembeskan. Oleh itu, saya nak berkongsi dengan khayalak pembaca tentang cerita saya kira kira 9 bulan yang lalu.  Kisah ketakutan positif tentang UPKK 2024 Bermula pada bulan Jun tahun 2024, maka bermula lah sesi taklimat UPKK dari pihak sekolah. Berlakunya perubahan format yang agak berbeza untuk tahun 2024 menyebabkan keseluruhan subjek berjumlah kepada 9.Seperti biasa, otak saya puas memikirkan bagaimana cara untuk membantu anak saya menyediakan diri untuk exam besar dia yang pertama kali.Anak lelaki lain caranya bagi saya nak tackle untuk belajar dengan rapi berbanding anak sulung yang lebih teratur dan tersusun. Alhamdulillah berkat bertanya, mensur...