Skip to main content

Penulisan Artikel 2018

Alhamdulillah pada 20 Februari yang lalu saya telah menghadiri Bengkel Penulisan yang dianjurkan oleh  H-Care Fakulti Sains Kesihatan , UKM.  Dihadiri oleh majoriti pensyarah, bengkel ini memberi pendedahan akan peri pentingnya saintis mengetahui kemahiran penulisan yang mampu sampai kepada masyarakat dan tidak hanya fokus pada penulisan journal yang bersifat akademik.

Bengkel dimulakan dengan perkongsiaan daripada Prof Dr Ahmad Taufiq dari UiTM yang berpengalaman dalam penulisan artikel kesihatan di akhbar. Menurut beliau, terdapat 2 cara artikel sebegini disiarkan di akhbar iaitu dengan cara wartawan datang menemuramah kita di pejabat ataupun kedua kita yang menghantar draf artikel sendiri kepada editor.

Ada beberapa motivasi yang membuatkan kita menulis. Antaranya adalah
1. Untuk kepuasan diri sendiri,
2. Untuk meningkatkan pengetahuan sendiri kerana tanpa membaca, kita tidak akan dapat menghasilkan artkel yang baik dan terkini.
3. Untuk populariti bagi sebahagian penulis
4. Untuk mendapat imbuhan. Ada beberapa akhbar memberi bayaran untuk setiap artikel yang dihantar.

dll .

namun yang dikongsi oleh beliau adalah beliau menulis kerana ada cerita di sebalik setiap artikel yang beliau tulis. Contohnya penulisan tentang persediaan mendaki Gunung Kinabalu ditulis untuk rujukan rakan-rakan beliau sebelum disiarkan di akhbar. Dengan itu kita boleh gambarkan apa objektif kita dan dapat menulis dengan lebih menarik dan teratur.

Seterusnya adalah perkongsian daripada Assoc. Prof. Ir Dr Rosdiadee Nordin , pensyarah dari UKM merangkap editor Majalah Sains.Beliau pula berkongsi bahawa beliau mula menulis artikel semasa beliau menyambung pengajiaan di peringkat doctorate di luar negara. Teknik beliau sangat menarik iaitu wujudkan disiplin menulis dan tulis sahaja idea yang datang tidak kira masa dan tempat dengan menyediakan sticky notes di mana- mana.Juga sentiasa membaca dan jangan terhadkan sumber bacaan yang ada. Dapatkan feedback daripada isteri, rakan bukan bidang untuk memastikan artikel yang ditulis boleh difahami oleh orang luar terutamanya public.Elakkan menggunakan jargon ataupun istilah teknikal kerana artikel untu pembacaan awam sepatutnya ringkas dan menarik.
Belaiu juga menyarankan agar kita sentiasa terbuka menerima kritikan dan mulakan dengan menghantar artikel ke majalah dan suratkhabar untuk test market. 

Akhir sekali adalah perkongsian daripada penulis yang terkenal di alam maya sebagai Cisplatin.
Beliau aktif dalam penulisan yang membetulkan fakta auta dalam dunia Sains. Pengalaman beliau agak menarik kerana hasil tulisan beliau mungkin tidak disenangi oleh pihak yang berkepentingan seperti peniaga yang menggunakan fakta auta dalam marketing mereka.

Yang paling penting, setiap permulaan penulisan perlulah dimulakan dengan cubaan menghantar artikel pertama anda ke mana- mana sahaja editor. Praktis dan praktis serta improve kelemahan kita dengan selalu membaca dan terus menulis.

Semoga saya akan berjaya menghantar artikel pertama saya!!Kalian juga:)


Comments

Popular posts from this blog

SIRAJ:Misi Mencari Sekolah Agama Wilayah

Seperti ibu bapa yang pertama kali akan menyekolahkan anak sulung, perasaan teruja telah lama ada sejak akhir tahun lepas.Seawal tahun lepas (2015) lagi kami telah survey beberapa buah sekolah agama yang berdekatan dengan lokasi tempat tinggal kami.Antaranya: 1.Sekolah  Itqan-sg penchala- 2.Sekolah Al faizien -kota damansara- 3.Sekolah Al-Amin - sg buloh - 4.Sekolah Masjid Darul Ehsan-subang jaya-pilihan pertama (telah mendaftar dan datang ujian pengesanannya..) Tetapi... Perancangan Allah lagi hebat.Pada satu hari, seorang staff meminta izin keluar sebentar untuk urusan sekolah anaknya..bila ditanya, rupanya untuk mengambil borang kemasukan ke sekolah rendah agama berdekatan dengan tempat saya bekerja.Terima kasih buat Puan Siti Norbahiyah dengan asbab  dia saya jumpa dah alhamdulillah telah menghantar  anak ke SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas, Pantai Dalam. So, info sedikit sebanyak ni baik dikongsi terutama bagi ibu bapa yang akan menghantar anak ke darjah 1 pada tahu...

Pengalaman Membeli Proton Ertiga 2017

Alhamdulillah, malam Rabu 26 April lepas Ertiga Metal Grey telah selamat tiba.Baru bersemangat nak share pengalaman di blog.Sebab x byk info tentangnya dari pengguna.Atas jalan pun sangat limited.So semoga post ini membantu kawan2 yg tgh survey MPV mampubayar macam kami. Dipendekkan cerita, dah lama berangan nak beli MPV.Lagi2 bila anak dah bertambah dan selalu balik kg.Terfikir juga dulu2 org boleh je tahan dgn sedan if anak 5..tp sekarang dah mcm trend juga kot selain faktor pilihan dah banyak.Ada mahal, murah, first,second,recon , besar ,kecik.Dalam family saya pun hampir semua abang2 saya dah bertukar ke MPV.So berbekalkan beberapa sebab lain, startlah saya survey 3 minggu lps. Antara sbbnya ialah lepas ni nak guna 1 kenderaan aja memandangkan kos maintain 2 kereta ( persona 2008 dan viva 2013) agak memeningkan.Lagipun jalan ke tempat kerja dah sehala.Saya pun boleh tumpangkan anak2 kawan .Ala2 nak cari van sekolah la  nampaknya.Lagipun insyaAllah bulan 10 nanti baby keempat ...

Persediaan UPKK 2024- From Zero

  Salam 7 Syawal 1446 Alhamdulillah, terasa lama sangat tidak berkongsi tulisan motivasi seperti ini. Saya sebenarnya dalam fasa agak down tentang pengajian saya- fasa takut yang hilang. Bila sebelum ini ada perasaan takut, cepat sikit saya bertindak.Rupanya terlalu tenang pun tidak bagus kerana  kurang hormon adrenalin dirembeskan. Oleh itu, saya nak berkongsi dengan khayalak pembaca tentang cerita saya kira kira 9 bulan yang lalu.  Kisah ketakutan positif tentang UPKK 2024 Bermula pada bulan Jun tahun 2024, maka bermula lah sesi taklimat UPKK dari pihak sekolah. Berlakunya perubahan format yang agak berbeza untuk tahun 2024 menyebabkan keseluruhan subjek berjumlah kepada 9.Seperti biasa, otak saya puas memikirkan bagaimana cara untuk membantu anak saya menyediakan diri untuk exam besar dia yang pertama kali.Anak lelaki lain caranya bagi saya nak tackle untuk belajar dengan rapi berbanding anak sulung yang lebih teratur dan tersusun. Alhamdulillah berkat bertanya, mensur...