Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2025

Keputusan Rayuan UKIS 2025

  Sejak Husna lahir, saya dah mulakan harapan dan doa agar Husna dapat bersekolah dengan abang dan kakak kakaknya.Lama berdoa, usaha pun dah dimulakan dari awal. Penguasaan 3 M bermula dengan baik dan seperti yang dirancang.Nampak macam harapan semakin cerah bila mana antara semua, dia yang paling sopan, suka membaca dan suka belajar benda baru. Rupanya hari tidak selalunya indah, ada gerimis di tengah hari.Keluar keputusan tidak berjaya, saya rasa sedih teramat sangat. Sentiasa berfikir apakah sebab Husna tak berjaya.Kemungkinan besar calon calon lain lebih hebat dan berkelayakan untuk panggilan pertama.Tapi hati sentiasa kekal positif rayuan akan berjaya.Walaupun tipis kerana kuota rayuan sangat sedikit. Cuma kali ini semakin redha kerana Allah  pasti akan memberikan yang terbaik untuk Husna. Pengalaman silam semasa Hurun Ain juga berada di situasi ini sekurang kurangnya dapat memulihkan semangat  kami yang masih berbaki. Makanya, segala kepilan dokumen yang diper...