Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Memecahkan Ruyung 2018

Alhamdulillah.. Selesai juga majlis yang saya risaukan selama ini iaitu MASCO 2018. Konferens ini berlangsung 2 tahun sekali dan saya tidak terlepas menyertainya sejak 2014 lagi.Cumanya kali ini penyertaan saya lebih bermakna kerana berpeluang berkongsi hasil kajian saya bersama rakan-rakan yang lain. Bagi saya ianya satu kepuasan dan saya mendapat semangat baru untuk menghabiskan pengajian saya sebelum MASCO 2020!Terima kasih banyak kepada supervisors yang sangat-sangat membantu dan memberi feedback yang membina. Banyak kenangan indah dan mendebarkan untuk MASCO kali ini..antaranya 1.Stok EBM untuk 6 bulan musnah dan rosak atas kelalaian saya semasa menyiapkan slaid pembentangan. 2. PRU 14 berlangsung sehari sebelum program menyebabkan kami terpaksa berpatah balik ke KL selepas mengundi. 3. Terpaksa menghadiri kursus walaupun cuti umum sempena kemenangan PH pada 10 ,11 dan 12 Mei. Paling seronok dapat bertemu rakan-rakan serta berkongsi pengalaman menyambung pengajian seca...

Penulisan Artikel 2018

Alhamdulillah pada 20 Februari yang lalu saya telah menghadiri Bengkel Penulisan yang dianjurkan oleh  H-Care Fakulti Sains Kesihatan , UKM.  Dihadiri oleh majoriti pensyarah, bengkel ini memberi pendedahan akan peri pentingnya saintis mengetahui kemahiran penulisan yang mampu sampai kepada masyarakat dan tidak hanya fokus pada penulisan journal yang bersifat akademik. Bengkel dimulakan dengan perkongsiaan daripada Prof Dr Ahmad Taufiq dari UiTM yang berpengalaman dalam penulisan artikel kesihatan di akhbar. Menurut beliau, terdapat 2 cara artikel sebegini disiarkan di akhbar iaitu dengan cara wartawan datang menemuramah kita di pejabat ataupun kedua kita yang menghantar draf artikel sendiri kepada editor. Ada beberapa motivasi yang membuatkan kita menulis. Antaranya adalah 1. Untuk kepuasan diri sendiri, 2. Untuk meningkatkan pengetahuan sendiri kerana tanpa membaca, kita tidak akan dapat menghasilkan artkel yang baik dan terkini. 3. Untuk populariti bagi sebahagian pe...