Mak saya suka anak perempuannya pandai menjahit baju.2 kakak saya memang pandai menjahit malah turut menerima tempahan.Sedari kecil, jarang saya membeli baju siap atau menempah kerana kakak telah menyediakannya untuk saya. Semasa cuti menunggu SPM, mak membeli mesin jahit baru untuk keperluan saya.Langsir, sarung tilam dan macam macam saya jahit dengannya.Dapatlah juga saya siapkan baju kurung pertama yang saya pakai semasa mengambil keputusan peperiksaan SPM.Sangat mengujakan! Setelah bekerja dan berkeluarga, kesuntukan masa dan ketiadaan mesin jahit membuatkan saya tidak lagi menjahit.Hampir semuanya saya beli atau minta kakak jahitkan.Lagipun ilmu menjahit yang saya ada adalah sangat asas dan turun temurun dari keluarga.Mungkin saya juga tidak ambil serius tentang tips yang diberikan oleh kakak semasa mengajar saya. Balik kg tempohari, mak bertanya sambil menyidai baju...baju2 ni beli atau jahit? MasyaAllah, mungkin ingatan untuk saya untuk memulakan kembali cita cita mak. Allah M...