Alhamdulillah, syukur syukur Pada tanggal 23.8.2021, maka bertukarlah status saya ke status graduation. Ia genap 5 tahun saya mendaftarkan diri sebagai pelajar master secara part time di UIA pada 24.8.2016. KENAPA LAMA SANGAT? itu soalan ramai orang. 4 hingga 5 tahun adalah tempoh yang diberikan untuk pelajar separuh masa menyelesaikan pengajian dalam mode research. Walaupun boleh lagi extend tapi syukur saya sempat habis dalam tempoh yang ditetapkan walaupun agak lewat. Pengajian by research adalah mode yang flexible. Kita boleh cepat atau boleh lama..bergantung pada banyak sebab.Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan supervisor yang sangat membantu saya dalam kajian ini. Namun satu sebab yang saya terlupa adalah pengurusan emosi, masa dan strategi penulisan.Saya bersyukur walaupun lama tapi saya dapat habiskan apa yang saya mulakan. ia ibarat larian marathon yang penuh dengan cabaran .Dengan anak 5 dan bertugas sepenuh masa, ia bukan sesuatu yang mudah namun ia boleh disusun d...