Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

Persediaan UPKK 2021 Edisi Pandemik

  21/9/2021 Alhamdulillah syukur pada hari ini Allah telah anugerahkan saya dengan perasaan bersyukur atas segala nikmat yang diberikan. InsyaALLAH hari ni akan bermula perjalanan secara massive saya untuk anak sulung saya menghadapi UPKK. Walaupun bermula agak lambat, Allah menjaga kami dengan pengumuman penangguhan tarikh ke Bulan November. Makanya saya mestilah mengatur strategi agar apa yang saya impikan akan terlaksana. Mungkin impian saya agak tinggi tapi saya akan tetap bersyukur dengan apa yang ada. Sebab saya akui agak mencabar memonitor anak anak di musim pdpr dan saya mengakui saya bukanlah ibu yang sempurna. Namun kita perlu pandang ke hadapan. InsyaAllah akan ada keberkatan di atas usaha kita semua. update: 29/12/2021 Alhamdulillah, syukur pada Allah yang Maha Baik. Semalam result UPKK atau MPKAFA telah keluar secara rasmi. Syukur Ainul mendapat 8A dalam ujian kali ini. Terima kasih kepada barisan ustaz dan ustazah yang sangat membantu anak anak yang kurang belajar sec...

Roket Research Diary ( RRD): Diari Magic Untuk pelajar Master PHD

Alhamdulillah, syukur syukur Pada tanggal 23.8.2021, maka bertukarlah status saya ke status graduation.  Ia genap 5 tahun saya mendaftarkan diri sebagai pelajar master secara part time di UIA pada 24.8.2016. KENAPA LAMA SANGAT? itu soalan ramai orang. 4 hingga 5 tahun adalah tempoh yang diberikan untuk pelajar separuh masa menyelesaikan pengajian dalam mode research. Walaupun boleh lagi extend tapi syukur saya sempat habis dalam tempoh yang ditetapkan walaupun agak lewat. Pengajian by research adalah mode yang flexible. Kita boleh cepat atau boleh lama..bergantung pada banyak sebab.Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan supervisor yang sangat membantu saya dalam kajian ini. Namun satu sebab yang saya terlupa adalah pengurusan emosi, masa dan strategi penulisan.Saya bersyukur walaupun lama tapi saya dapat habiskan apa yang saya mulakan. ia ibarat larian marathon yang penuh dengan cabaran .Dengan anak 5 dan bertugas sepenuh masa, ia bukan sesuatu yang mudah namun ia boleh disusun d...