Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Keputusan UKIS 2019

Setelah hampir sebulan menunggu keputusan , akhirnya sampailah ke saat yang dinantikan.Keputusan UKIS 2019!! Sebelum itu saya nak throwback sewaktu peperiksaan berlangsung pada 4 Mei 2019 yang lalu..Hampir 250 lebih anak - anak hadir untuk ujian.Pelbagai gaya dan drama yang boleh dilihat termasuk anak saya sendiri.Ada anak yang menangis tidak mahu berpisah dengan keluarga dan ada yang hadir dengan  yang muka sangat ceria!Sepanjang peperiksaan berlangsung, ibu bapa mendengar taklimat daripada bahagian JAWI di dewan.Mulai tahun ini, ujian lisan turut dimasukkan ke dalam format peperiksaan.Murid diminta membaca teks atau menjawab soalan lisan samada dalam bahasa Melayu, Inggeris, Jawi dan Arab atau petikan  Al quran.  (saya pun baru tahu format baru beberapa hari sebelum ujian berlangsung) Berbalik kepada kisah anak saya, alhamdulillah dia diterima masuk untuk kemasukan kali ini.Memang tak keruan sepanjang masa menunggu keputusan ini. Bagi anak yang tidak berjaya, j...