Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2019

Persediaan SIRAJ 2020 Part 2

Alhamdulillah, hampir setiap hari saya mendapat email untuk mendapatkan beberapa tips kemasukan ke SIRAJ.  Agak risau juga kerana tahun depan hanya 2 kelas sahaja yang dibuka.Bermaksud hanya 60 pelajar yang akan diterima masuk. Semoga sedikit tips saya berguna dan mohon doakan agar anak saya juga berjaya ya. Niat saya agar ibu bapa boleh menyediakan anak dan telah berusaha yang terbaik. Semoga dengan asbab kita mudahkan urusan orang lain, Allah juga akan bantu kita kerana Dia Yang Maha Hebat dan Kaya. Sedikit peringatan kepada ibu bapa, jangan lupa untuk mendaftar anak ke sekolah biasa sebelum memohon ke SIRAJ  , kerana mereka akan minta salinan permohonan tersebut semasa kita mengambil borang nanti. Akhir kalam..intai-intailah iklan di luar sekolah yang kita berminat supaya kita tidak terlepas  tarikh mengambil borang. Seeru ala barakatillah:)