Mencoret pengalaman bersalin di blog sebenarnya untuk kenangan sendiri dan rujukan orang ( jika minatnya sama dgn saya yang sblm bersalin baca blog orang..hihi).Macam saya, walaupun ini kali ke 4, tapi saya xingat sangat certain2 perkara so bila baca pengalaman org kira refresh semula kenangan bersalin. Alhamdulillah perjalanan kelahiran anak ke4 dipermudahkan Allah pada 25.10.2017.Tepat jam 12.23 pagi baby seberat 3.6 kg berjaya dilahirkan( terberat dlm sejarah saya) .Saya sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan hati saya dgn asbab berjumpa dengan rakan yang beria- ia menyuruh saya ke PAC pada petang Isnin 24.10.Bukaan telah 3cm!Saya gembira kerana akhirnya saya boleh warded walaupun show dan contraction tidak sekerap dan sesakit mana.Maka duduklah saya di ward dgn memonitor diri dan melaporkan pada nurse bahawa contraction masih ada tp x menyakitkan sangat.Akhirnya mlm 24hb Dr cadangkan untuk memecahkan air ketuban agar proses bukaan serviks akan lebih mudah.Tepat seperti jangkaa...